Tip 8: Supplemen Multivitamin yang mana pilihan hati? (Bahagian 3)
Setelah memahami apa yang dimaksudkan dengan Vitamin, Minerals, dan Multivitamin (MV): masing-masing diceritakan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2, kini tiba masanya pula kita mempelajari tip-tip dalam memilih produk MV yang sesuai untuk keperluan kita. Untuk itu, apa kata kita ikut Susu Sejat ke Watsons untuk mempelajari tip-tip berkenaan:
1 – Kategori anda
Adakah anda tergolong dalam kelompok kanak-kanak? Remaja? Dewasa, atau Veteren? Setiap golongan ini memerlukan jumlah micronutrient yang berbeza, dan kebiasaanya keperluan (jumlah sukatan) vitamin-vitamin ini bertambah mengikut umur. Individu yang berumur 60 tahun memerlukan lebih Vitamin D berbanding individu berumur 20 tahun memandangkan kadar penyerapan nutrient yang menurun ketika usia semakin meningkat. Produk-produk multivitamin telah direka unik, dan khas untuk satu-satu golongan.
2 – Jenis MV (pil/caplet/tablet/capsul/liquid)
Terdapat pelbagai jenis/bentuk multivitamin. Ada yang berbentuk pil, caplet, tablet, capsul dan liquid (cecair, selalunya untuk kanak-kanak). Antara banyak-banyak jenis ini, aku rasa yang paling menyenangkan dan mudah dibawa kemana sahaja ialah MV berbentuk pil, caplet, atau tablet. Berbanding dengan bentuk cecair, anda memerlukan sudu untuk setiap ambilan, dan amat melecehkan jika dibawa untuk tujuan bercuti atau bekerja luar. Buat yang muslim, capsul mungkin bukan pilihan terbaik kerana selaputnya diperbuat daripada gelatin, yang mana proses pembuatannya mungkin meragukan terutama jika MV (capsul) itu diimpot dari negara bukan Islam.

3 – Bekas penyimpanan
Bekas penyimpanan juga memainkan peranan yang penting, terutamanya jika anda ingin membeli stok MV untuk tempoh lebih daripada sebulan. Kebiasaannya MV adalah dalam bentuk botol, namun ini bukanlah cara penyimpanan yang baik untuk jangka masa panjang. Memandangkan kita kerap membuka penutup botol, ada kemungkinan pil-pil MV didalamnya akan teroksida. Jika boleh, pilih MV yang pilnya dipekkan sebiji-sebiji, atau asing (seperti Appeton Essentials MV21) kerana pek seperti ini akan memastikan pil-pil yang lain tidak terdedah kepada udara, sekaligus menurangkan risiko untuk teroksida. Selain itu, pek seperti ini juga kedap cahaya (Ingat, MV juga mudah ‘rosak’ jika terdedah kepada cahaya untuk tempoh yang terlalu lama!).

4 – Harga
Harga sesebuah produk MV bergantung kepada 3 faktor, iaitu tempat/negara ia dikeluarkan, kandungan nutrien, dan jumlah pil yang dibekalkan. Sila hayati fakta-fakta berikut:
i) MV yang diimpot, kemudian dipekkan semula dinegara kita (seperti Appeton Essentials MV21) adalah lebih murah harganya berbanding yang diimpot sepenuhnya (seperti Redoxon).
ii) Centrum Silver (30 tablets) harganya lebih mahal berbanding Centrum ‘biasa’ (30 tablets). Ini kerana kandungan beberapa nutrien dalam Centrum Silver adalah sedikit tinggi berbanding Centrum yang ‘biasa’, memandangkan Centrum Silver ini diformulakan khas untuk golongan veteran (tahap penyerapan nutrien rendah).
iii) Secara purata, harga sebiji “Blackmores MV (60 tablets)” adalah lebih murah berbanding sebiji “Blackmores MV (30 tablets)”.
Berikut adalah harga-harga MV yang dipantau di Watson Pharmacy pada tarikh 2 Sept 2010:
*Seven Seas (30 capsules) RM21.90 (discount RM17.20)
Appeton Essentials MV21 (30 caplets) RM22.50 (discount RM18 @ Guardian)
Supradyn (Bayer) (30 tablets) RM27.88
Centrum (30 tablets) RM31.90
Blackmores MV (30 tablets) RM33.00 (discount RM26.40)
Pharmaton (30 tablets) RM35.80
Centrum Silver (30 tablets) RM36.80
Bion 3 (Merck) + 3 Probiotics (30 tablets) RM45.50
Redoxon (Bayer) (30 tablets) RM49.90
Blackmores MV (60 tablets) RM60.00 (discount RM48)
*Capsules Seven Seas MV mungkin diperbuat daripada unsur gelatin memandangkan ia rasa kenyal.
5 – Pilih yang ada %DV (Daily Value)/ % US RDA
Terdapat juga produk MV yang tidak menyertakan maklumat %DV ini. Berbeza dengan maklumat pemakanan untuk kalori, di mana %DV mungkin tidak berapa penting, produk MV harus ada info ini untuk memastikan pengguna tidak tertipu. Sila teliti label dan pastikan vitamin-vitamin berikut nilai %DV nya adalah 100: thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin (B-3), vitamins B-6, B-12, D, E, dan folic acid (semua ni vitamin penting untuk metabolisma).
6 – Pastikan MV tersebut mengandungi minerals
Kebanyakan produk MV masa kini disertakan dengan minerals, namun terdapat juga produk yang hanya membekalkan Vitamin semata-mata, sedangkan harganya lebih kurang sama. Pastikan pilih produk MV yang disertakan dengan mineral agar anda boleh mengoptimumkan pembelanjaan wang anda. Sila teliti label dan pastikan MV tersebut mengandungi mineral-mineral penting ini: chromium, copper, magnesium, zinc, dan iron.
good info.. tapi bila dah byk2 ni pening pulak kepala.. macam nak bawak kamu pergi pharmacy pulak rasanya.. hehehehe..
info best ni ;) oo ss beli century kot ;p
Farah: nak bawak saya gi pharmacy? boleh je, :p Basically, promoter sesebuah produk MV akan menggunakan salah satu point yg saya nyatakan di atas dalam mempromosikan produk mereka.
Ain: bukan century ler.. tak sebut langsung produk century kat atas tu :p
err.. appeton kot.. hahaha.. (masih blur + pening nk pilih MV ni) selalu mkn yg 21st century atau herbalife punya je..
attiesya, u punya jawapan macam betul jer :p Lepas ni, dah tahu tips asas memlilih MV, boleh lah diaplikasikan yea, bak kata Sheila Majid dalam iklan Nesprey tu, "Semak Label dulu.."
Mungkin Joy pilih Appeton sebab kandungan Vit Bcompleks dan Vit Cnya 100% RDA berbanding Folic Acid dan Iron yg RDA rendah( normally wanita mengandung/orang sakit lebih perlukan ini )..siap ada lipotropics lagi ( apa tu?)
List MV di atas utk 30 serving ya? – bermakna sebiji sehari?
Just nak share kalau MV brand Shaklee, Vita-Lea ( Iron Fortified) yg Dr M ambik tu, harganya RM71 untuk 120 biji. Tapi ia utk 60 serving/2 bulan – bermakna kena ambik 2 kali sehari.Kalau malas makan – 1 biji sehari je atau terlupa…memang jimat dan tahan lamalah hehe
Osteomatrix ( Calcium Magnesium etc ) supplement, RM49/120 caplets. servingnya 4 kali sehari baru cukup 100% RDA.. kena diambil bersama makanan..
Kalau x silap..sebelum ni pun Joy selalu jek mention pasal MV Appeton ni dlm entri2 yg terdahulu..so secara yakinnyer.. mesti Joy amik Appeton kot.. huhuh..saya makan Pharmaton with selenium + ginseng extract .. lepas makan rasa mcm badan panas lak.. kenapa ek? hump.. pas ni nak try Appeton lak ler..
susu…
saya dalam proses turun berat badan, dan saya amik MV proviton sebab harga pun ok. OK tak MV nih?? Setakat ni saya mkn ok je.
ok la tu :)
Adoii…arini pg farmasi nk beli multivitamin..sbb excited sgt tgk yg murah trus bli..ambik sbijik lpastu tgk pek dia tlis gelatin bovine..trus was2…nmpaknya terpaksa pg farmasi lg ar beli yg xde gelatin nyer….sigh
appeton essential mv21 hrga rm39…mahal giler kat farmasi umah ak…
eh? kenapa sampai rm39? yang tu berapa biji semuanya?
Adeh..lpa plak nk tgk…nmpak hrga mhal trus ak blah…he3
salam bro ss.. saya nak tanya apa beza mv multi-B ngn B-executive… saya amik supliment untuk tingktkn metabolisme badan saya.. tapi xtaw mana satu nak pilih..
lagi satu.. mcm mana nk contact ngan bro.. kat facebook susu sejat tu tak leh send mesej.. segan la nak tanya kat wall.. nanti ramai plak yang bace.. hehe
mungkin dari segi kandungan b-complex nya saja yang berbeza kot.. bagi saya, saya lebih suka MV yang wide range (ada banyak vitamin) berbanding yang hanya fokus pada satu2 kategori vitamin sahaja… berkenaan contact tu, FB susu sejat mmg tak boleh nak send mesej.. kalau bro nak.. saya boleh add bro kat fb saya nanti.. ada emel fb x? (nanti saya add bro kat fb)
ni mail facebook saya… add la.. hehe
copa_cabana8810@yahoo.com
MV from Shaklee mmg best! 28 Nutrients (13 Vits + 15 Minerals).. Vits perlu diambil bersama minerals sbb tanpa minerals vits cannot function .. (Minerals aid in vits assimilation process)
Nak dapatkan Shaklee MV atau lain-lain produk Shaklee pada harga distributor disamping hadiah-hadiah menarik..
Jom Visit FW-SHAKLEE2U
Setahu sy jenis MV di atas adalah sintetik..takde ke yg dari sumber semulajadi? Jika boleh sy inginkan senarai MV dari sumber semulajadi..tkasih
Susah nak cari yang natural dalam bentuk tablet. Kalau nak yang betul2 natural juga, saya rasa lebih elok dipraktikkan cara pemakanan yang sihat. Pastikan sumber makanan pelbagai, dari situ kita akan dapat sumber MV yang natural… =) selamat berjaya!
Salam. Saya makan centrum sejak april 2011. November 2011, masa nak beli stok baru farmasi bagitau dah tak halal. SS tahu tak?
saya belum tahu, kali terakhir guna ketika awal 2010.. masa tu tak dinyatakan lagi sebab masih dalam bentuk tablet dan bukannya kapsul..
saya nak tanya…multivitamin jenis ape yang xde iron ek??ada ke??huhu
Centrum memang baik, tetapi Centrum Multivitamin A-Z mengandungi gelatin. Walaupun gelatin ini tidak semestinya dari babi, but there is no guarantee yang gelatin itu dari sumber yang halal. Maklumat tentang ingredients Centrum Multivitamin A-Z boleh didapati dari website Centrum. I’ve been taking Centrum until I realized that it contains gelatin.
yup, sebaran ni bermula pertengahan tahun 2011. sebelum ini pun saya pernah ambil Centrum. since dah tahu perkara ni, seeloknya dihindarkan.
salam joy,
saya nak tanya,
1) adakah fungsi vitamin ni berbeza kalau diasingkan ya?
cth, ada satu syarikat yang asing2 kan vitamin C, B dan E, kemudian fungsinya adalah untuk skin care..boleh ke jadi camtu?
2) ada orang kata Vitamin B boleh menaikkan selera makan sekaligus berat badan..adakah benar?
terimas Joy ^^
Salam Ana, faktor marketing. Some company cuma nak kita beli ‘lebih’ produk dari syarikat dia, end up kita yang akan habis sampai beratus ringgit hanya untuk MV. kalau ambil MV yang dah siap ada semua lebih baik.
Centrum multivitamin A to Zinc ada mention ingredients gelatin comes from bovine; porcine…bovine tu lembu manakala porcine tu babi…jd mmg tak halal nampaknya.
As salam SS..
Saya baru beli redoxon orange chewable 30 tablet..masa nk mkn saya belek2 kotaknya..xde plak logo halal..apakah sebenarnya status halal redoxon ni ye?
Harap dapat beri penjelasan..tq
okay masalah saya ialah badan lesu dan cepat penat, mengantuk semualah. malas-malas gitu haha. masa 2 tahun lepas saya pernah gunakan pharmaton . ada nampak sikit kesannya, tapi sikit jelah. sekrang ni saya gunakan blackmores multivitamin+minerals. langsung xde kesan. agak2 boleh tak susu sejat bagi cadangan yang brand apa pula yang perlu saya gunakan atau kembali menggunakan pharmaton ? terima kasih
Ia sebenarnya bergantung pada pemakanan harian kita juga, sebab MV ni cuma supplement, tapi kalau pengambilan makanan tak seimbang atau kalori terlalu kurang, pun tetap akan lesu juga..
semalam pergi guardian nk beli centrum, sekali ahli farmasi yg jaga bahagian ubat tu bagitau centrum x halal untuk org islam sbb gelatin yg digunakan x halal dan mengandungi provine yg x halal. Ada ditulis label bahawa org islam tidak boleh menggunakan produk centrum tu, saya x perasan. Tapi bila pergi watson x de label dan x de ahli farmasi yg pantau masa nak beli vitamin. Syabas Guardian.