Tip membeli air mineral ketika makan di sekitar pusat membeli-belah

Membeli air mineral pada masa kini adalah merupakan suatu cabaran kepada mereka yang cuba mengamalkan gaya hidup berserdehana ketika makan. Mengapa? Kerana harga mineral yang dijual di kebanyakkan kedai makan semuanya tak masuk akal!

Kalau anda pergi ke restoran makanan segera ketika bersiar-siar di pusat membeli-belah (mall), harga sebotol air mineral yang kos kasarnya “berapa puluh sen lah sangat” itu mampu mencecah harga sehingga RM2 hingga RM3 untuk 1 botol bersaiz 500ml/600ml.

Ada yang berpendapat harga menjadi sedemikian tinggi disebabkan air mineral ini tiada harga kawalan dikenakan kerajaan seperti yang dikenakan pada beberapa barangan runcit, termasuklah telur, tepung, beras, minyak masak, petrol, dan beberapa lagi. Ini membuatkan peniaga begitu rakus dan “kebulor nak untung” sehingga sanggup meletakkan harga air mineral pada satu tahap yang langsung tak boleh diterima akal! (Terlalu marah dan tak berpuas hati, sampai pada satu tahap rasa nak baling je duit pada muka peniaga yang sungguh mencekik darah ini.)

Lebih ironi, harga air mineral itu lebih mahal dari petrol! Sungguh gila, insane, dan tak boleh diterima akal langsung oleh sekumpulan Homo Sapien yang bertamadun.

Berikut disenaraikan beberapa harga sebotol air mineral bersaiz 500ml/600ml yang dikongsikan oleh pembaca SS melalui tinjauan rambang di sini:

Airport KLIA – RM8 hingga RM12 (bergantung pada jenama, paling murah RM8)
LCCT – RM3.70
Stadium (konsert/perlawanan bola sepak) – RM5
Disneyland Hong Kong – RM30
Harga purata di pusat membeli belah (termasuk food court) – RM2 – RM5
Restoran makanan segera – RM2

Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini, aku ingin berkongsi sebuah tip yang mungkin membantu mereka yang makan di pusat membeli belah, tetapi ingin mengelakkan diri dari menjadi mangsa “kapitalis melampau” seperti yang disebutkan di atas.

1 – Kenal pasti jika dalam pusat membeli-belah tersebut mempunyai pasaraya/supermarket seperti Jusco, Tesco, Carrefour, Giant dan The Store. Kebanyakkan pusat membeli-belah pada hari ini mempunyai mana-mana salah satu daripada pasaraya-pasaraya di atas.

2 – Sebelum singgah ke tempat makan yang dihajati, singgah dahulu mana-mana satu pasaraya di atas.

3 – Pasaraya-pasaraya yang disebutkan di atas ada menjual produk di bawah jenama mereka sendiri.

4 – Beli sebotol air mineral dari pasaraya tersebut. Sebagai contoh, harga sebotol air mineral 600ml di Jusco (untuk jenama Jusco) hanyalah 50 sen sahaja.

5 – Mesti ada yang pelik kenapa Jusco hanya menjual sebotol air mineral pada harga 50 sen sahaja? Adakah air tersebut berkualiti rendah? Tidak. jawapannya adalah, kos untuk menghasilkan sebotol air mineral 600ml hanyalah beberapa puluh sen sahaja. Aku percaya kosnya tak sampai 40 sen pun. Yang membuatkan air mineral itu mahal adalah jenama, cukai dan of course, peniaga yang menjualnya.

6 – Sesudah beli air mineral, barulah anda singgah ke kedai makanan yang dihajati seperti KFC, Subway, dan sebagainya.

7 – Tip ini amat beguna buat mereka yang tidak minum minuman ringan dan hanya minum air kosong/mineral sahaja, juga dalam masa yang sama mampu berjimat.

Menu ‘cheat‘ yang dimakan hanya sekerap seminggu sekali.


6 thoughts on “Tip membeli air mineral ketika makan di sekitar pusat membeli-belah

  1. Malaysia kaya ngan sumber air,kaya ngn sumber minyak…tp dua2 pon mahal….kalo malaysia ni pdng pasir mcm negara arab,xtau pulak la brape ringgit air diorng ni jual…!! mau sama mcm hrga emas kot…

  2. nak berkonhsi ilmu…mungkin ramai yag menganggap semua air mineral adalah betul2 air mineral…=)
    untuk membezakan air mineral dengan air paip yang dibungkus seperti air mineral, senang sahaja.air mineral akan ditulis sbg air mineral dan penutupnya bewarna biru. manakala aip paip pula ditulis sebagai drinking water dan penutupnya bewarna putih….^_^

    that’s alll…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>