Tip Pengurusan Kalori #1
Calorie Management Tip No.1
Setiap individu pasti ada benda yang dia tak boleh buang dari diri dia. Dalam kes saya sendiri, meskipun saya sudah mempunyai kesedaran untuk menjaga pemakanan harian bersesuaian dengan keperluan diri, saya masih mempunyai nafsu terhadap snek ringan seperti kerepek ubi dan maruku. Ketika musim hari raya, adalah normal melihat saya menghabiskan sebungkus besar maruku “pagoda”, salah satu kegemaran saya. Namun tidaklah bermaksud saya akan mengambil makanan-makanan seperti ini setiap hari, tidak seperti zaman jahiliah dahulu yang mana boleh kata setiap malam saya akan berkunjung ke Giant untuk mencari jajan/kudapan dan beli Slurpee di 7 Eleven sebagai peneman tatkala bermain permainan komputer FiFa 2005 ketika lewat malam. Datangnya nafsu seperti ini hanya bermusim, sebagai contoh ketika pulang ke kampung atau pulang ke rumah keluarga ketika hujung minggu atau musim perayaan.
Saya percaya pasti ramai yang mengalami perkara yang sama. Nafsu makan seseorang itu pelbagai, terutamanya terhadap makanan yang “kurang menyihatkan” seperti ini. Berbeza dengan situasi saya, mungkin ada yang ‘crave‘ untuk menikmati pizza, coklat, ais krim, biskut wafer dan sebagainya.
Di sini saya ingin kongsikan satu tip supaya anda boleh bersederhana dengan ‘craving‘ seperti ini apabila tiba masanya. Mari kita lihat contoh kerepek ubi goreng yang amat lazat seperti di bawah.
Kebiasaan orang akan beli snek ringan bersaiz besar kerana dari segi ekonomi, ia lebih menjimatkan (harga per gram) berbanding membeli snek-snek tersebut dalam paket yang kecil. Sepaket kerepek ubi ini misalnya mempunyai berat 400g dan biasanya boleh dihabiskan oleh 2 “makhluk puaka” hanya dalam sekali makan sahaja ketika menonton movie lewat malam. Situasi yang biasa anda dengar bukan? Mungkin jenama dan jenis snek nya berbeza (Twisties, Mr Potato, Pringles), tetapi distribusi nutrisi dan kalori per gramnya tiada jauh berbeza.
Bagi mereka yang tidak ambil endah dengan ruangan kotak maklumat nutrisi, cara/habit makan seperti saka ini adalah “pembunuh senyap” kepada badan anda, luar dan dalam jika diamal berterusan untuk jangka masa panjang.
Seperti yang tertera pada ruangan nutrisi pemakanan, 100g kerepek ubi goreng ini saja mengandungi 459 kcal. Memandangkan sepeket kerepek ini beratnya 400g, maka jumlah kalori yang ada menerusi satu paket ini adalah 459 x 4 = 1836kcal !!! (bersamaan dengan kuota kalori seorang wanita dewasa bergaya hidup pasif). Niat asal yang mana hendak membeli sesuatu yang dianggap “berbaloi” untuk poket itu akhirnya memakan diri sendiri.
Namun masalah ini dapat diatasi dengan strategi yang lebih baik, iaitu “pek semula” atau repackaged. Caranya mudah, semudah membilang satu, dua dan tiga. Anda hanya perlu membungkuskan semula kerepek ini dalam saiz hidangan yang lebih kecil dan ‘realistik’ untuk tubuh badan (satu hidangan kecil untuk sekali makan). Dalam contoh di bawah, saya gunakan saiz hidangan 20g yang bersamaan dengan 92kcal (459kcal / 5 = 92kcal).
Pasti anda tidak percaya bahawa 20g kerepek ubi yang bersamaan setengah mangkuk plastik kecil (seperti dalam gambar) atau satu genggam tangan dewasa ini sahaja mengandungi 92kcal. Anda tidak nampak semua ini jika “menghentam” terus paket besar itu sambil bergelak ketawa menonton TV tanpa rasa bersalah seolah-olah “dunia ini ana yang punya” – cukup hujung tahun, mula meroyan sebab berat badan dah naik 10kg.
Kalau boleh, tulis pada setiap paket kerepek yang dah di pek semula tu “20g, 92kcal” sebagai ingatan saiz hidangan dan jumlah kalori nya. Ini juga secara tak langsung mendidik anda, bahawa untuk rupa saiz hidangan snek sekian-sekian dan berat yang sekian-sekian, jumlah kalori nya adalah sekian-sekian. Bentukkan ‘attitude‘ calorie counting tu dari rumah lagi. Lepas ni bila berkunjung ke rumah sahabat handai atau rumah sanak saudara, tak perlulah nak usung penimbang dapur tu ke hulu ke hilir, sebab anda dah boleh agak kalori makanan tertentu untuk saiz yang tertentu.
Entri kali ini adalah kesinambungan entri yang lalu iaitu “Pentingnya Merekod Makanan“. Moga tip ini membantu dalam usaha anda menguruskan kuota kalori harian anda supaya menjadi lebih baik dan teratur.
best entry ni….akak leh cuba jugak bungkus mr potato yg laku kat umah ni…byk puaka dlm umah ni hihihihi..
macamana nk kontrol potion utk makanan jenis western mcm chicken chop, lamb chop (fav) etc?? kadang2 bile nk buat catitan terpaksa kosongkan kalori x pn hentam je kalori bape utk 1 set sbb tak tau jum kalori sebenar utk 1 set tu,
Terima kasih di atas pelbagai maklumat ini. Patutlah selama hari ini kononnya saya ‘BERDIET” tapi tak kurus2 jugak. Teruskan dengan info sebegini, insyaAllah saya dan ramai lagi mendapat manfaat dan menjalani gaya hidup sihat.
Hi Joy,
Nak tanya sikit kalau kat maklumat makanan tu ada bg tahu berapa jumlah kalori dan terdapat juga jumlah lemak, karbohidrat dan protin pada makanan tersebut. Adakah jumlah kalori tu sudah termasuk sekali dgn jumlah lemak, karbohidrat dan protin tersebut? Atau kita kena kira sendiri?
Hi AS, sudah dikira sekali.. nilai kalori yang tertera tu datang dari 3 makronutri tu..
makanan yang saya paling selalu ‘crave’ sejak kecik hingga kini adalah goreng pisang.. klu boleh hari2 dpt makan pun lagi sy suka tp la ni sy dah pandai kawal…tapi agak sukar untuk tidak crave bila anda adalah rakyat malaysia kerana Malaysia kaya dengan pelbagai makanan..kdg2 makanan yg cari kita.. abih tu cane?
sebab malaysia ni kaya dengan makanan lah kita kena pandai dengan kalori management.. kena tahu makanan mana yang kalori nya tinggi, dan makanan mana yang kalorinya rendah. Dari situ baru kita boleh tentukan portion yang patut diambil setiap makanan tu.
terima kasih ss. memang tips yg berguna buat sy..
ss craving ni ye..na plak craving dessert mcm red velvet cupcake,cheesetart and biasanya craving ni dtg time pms…tp cuba kontrol sedaya upaya..ni pon dlm misi 2 weeks challenge minum air without sugar
Bagusnya entri ni…saya tak terfikir pun untuk packing kecil2 mengikut calori…satu advice yang sangat kreatif. seperti yg SS katakan, saya akan mengunyah kerepek tu sampai puas atau penat, batu berhenti, masa tu baru menyesal, sebab lupa nak kira kalori… :)
Nak tanya, kalau nak naikkan berat badan pon kene buat catatan ke? Saya nie dah bertahun tahun tak dapat naik berat badan sejak kena pneumonia. Please help!!
lebih elok kalau buat catatan.. baru kita boleh nampak overall diet kita :)
Akhir2 nie… ramai pembaca blog semakin meminati isu nie… terima kasih kepada admin blog nie… artikel nih memberi lebih pencerahan tentang bab nie… saya akan sentiasa support awak… terima kasih..
gelak guling2 baca entry ni…kena atas btg idung sendiri…