Tip Perlahankan Tempo Makan (Jagung Rebus)

Jagung rebus adalah salah satu snek yang menyihatkan. Jadi pada mereka yang tercari-cari snek antara hidangan besar (contoh, snek petang), saya amat syorkan jagung rebus ni. Tambahan pula ia mudah disediakan dalam tas tangan atau beg galas korang.

Jagung adalah makanan yang berkalori rendah dan tinggi kandungan serat. Namun ada trick yang boleh korang amalkan untuk merasai ‘rasa kenyang‘ walaupun dengan hanya makan separuh tongkol. Rahsianya?

Cara korang makan jagung tu sendiri.

Cara makan jagung seperti ini akan membuatkan anda sukar untuk merasai ‘rasa kenyang’. Banyak selaput (serat) jagung yang masih tertinggal.

Jangan makan secara gelojoh macam ‘bugs bunny‘, lepas tu banyaklah selaput serat yang tertinggal. Cara makan macam tu, makan 2-3 tongkol jagung pun tak cukup.

Sebaliknya kupil setiap biji jagung menggunakan jari korang, kemudian makan satu persatu. Ala-ala korang makan bertih jagung tu..

Diari Diet

Dengan kaedah makan yang sebegini, korang akan…

  1. Memperlahankan tempo makan – ingat, otak ambil masa kira-kira 20 minit untuk tafsir rasa kenyang.
  2. Korang akan ‘optimize’ semua serat tak larut (selaput jagung) yang ada. Itu kunci utama untuk rasa kenyang dan penghadaman yang baik.
  3. Kupil dengan jari satu persatu = bakar extra kalori.
  4. Minum juga bersama sebotol air mineral.

Semua penerangan ini bersamaan dengan = Rasa kenyang!!

Kalau tak caya, cubalah tip ni okeh. Saya dah pun cuba, so far makan separuh jagung, pun dah “rasa kenyang” (ambil masa dekat 20 minit gak nak habiskan separuh jagung tu).

 ==========

Tip ini merupakan salah satu tip diet yang sempat dikongsikan dalam Siri Buku Celoteh Susu Sejat (CSS) Edisi ke-3 “Diet dan Nutrisi“. Berminat untuk belajar tip-tip yang lain? Dapatkan siri buku ini segera sementara stok masih ada; klik sini (Whatsapp) atau sini (Facebook).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *