Tips Diet di Kolej / Universiti

Entri kali ini ditujukan khas buat mereka yang masih menuntut di IPTA / IPTS, tidak kira di mana saja anda berada, sama ada dalam negara atau luar negara. Mungkin ramai yang mempunyai azam tahun baru yang berbunyi

“Tahun ini, aku nak menurunkan berat badan sehingga berkilo-kilo banyaknya,”

Tetapi memikirkan faktor dana kewangan seorang pelajar yang mengalahkan pepatah “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, mungkin ramai yang mencari jalan mudah dengan tidak bersarapan, tidak makan malam, dan hanya makan sekali sahaja di waktu tengahari.

Itulah sarapan mereka, itulah makan tengahari mereka, itulah makan malam mereka, 3-in-1 bak kata Nescafe. Itu kalau yang perempuan, dan cara ini mungkin tidak praktikal kepada kaum adam kerana kehendak metabolisma mereka lebih tinggi. Mereka mungkin cenderung untuk mencari mee segera untuk dijadikan pengganti nasi. Kadang-kadang sampai 3-5 bungkus dihabiskan dalam satu hari. Itu normal.

Oleh yang demikian, apakah cara mudah untuk menurunkan berat badan menerusi diet di Kolej / Universiti? Ikuti tips diet survival di asrama / kolej / universiti berikut:

.

1 – Tapau untuk jimat

Untuk mereka yang menetap di asrama / kolej, daripada anda makan sekali sahaja sehari, apa kata dibahagikan ‘makan yang sekali’ itu kepada beberapa kali (contohnya makan ketika 12pm, 3pm, 6pm). Makan sedikit-sedikit tetapi kerap akan meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, maka proses pembakaran lemak juga akan menjadi sedikit mudah. Dan untuk memudahkan anda mempraktikkan teknik ini, anda tiada cara lain melainkan anda perlu tapau makanan yang dibeli untuk dimakan dalam bilik.

Dengan cara ini, diet anda akan menjadi lebih teratur, kurang tekanan, dan tiada lagi istilah “skipping meal”, kerana skipping meal itu bukan sahaja membuatkan anda terpaksa berlapar, tetapi ia merendahkan kadar metabolisma. Bila kadar metabolisma menurun, nanti berat pun susah nak turun.

Makan sikit-sikit, tetapi kerap..

.

2 – Kurangkan, atau berhenti terus dari membeli air manis

Ini merupakan FAKTOR UTAMA mengapa berat badan anda naik mendadak ketika masuk ke alam Universiti. Air manis terdapat di mana-mana, dan boleh didapati dalam pelbagai jenis dengan harga yang murah. Pagi pun air manis, makan tengari pun air manis, makan malam pun kena minum air manis. Walhal sebelum masuk asrama (di rumah), tabiat meminum air manis mungkin tidak sekencang ini.

Secara purata, dalam segelas / sebungkus air manis terdapat sekurang-kurangnya 100kcal yang hadir hanya menerusi gula. Dan bayangkan pula jika anda membeli air manis sehingga 3 kali sehari, bukankah itu sudah bersamaan dengan sekurang-kurangnya 300kcal?

Tahukah anda, untuk membakar 1kg lemak sahaja memerlukan 7700kcal? Sekiranya anda mempraktikkan tip ini hanya dalam masa sebulan, maka secara teorinya anda sudah membenarkan pintu pembakaran lemak sebanyak: 300kcal x 30 = 9000kcal / 7700kcal = 1.17kg!

Maka dengan itu, hentikan tabiat kerap minum air manis dan gantikan dengan air kosong yang boleh didapati di water cooler (air kosong = 0 kcal = 0 sen).

Berpantang dari minum air manis, jika anda benar-benar serius mahu menurunkan berat badan..

.

3 – Gantikan kudapan dengan sesuatu setara yang lebih berkualiti

Duit yang ada jangan dibazirkan dengan membeli makanan yang kurang berkualiti. Daripada membelanjakan wang sebanyak RM3 untuk membeli sebungkus mee segera (5 paket), baik digunakan wang tersebut untuk membeli roti gandum penuh (seperti Gardenia) yang bernilai RM3 juga. Daripada membeli snek / keropok yang berharga sekitar RM2, baik digunakan wang tersebut untuk membeli snek yang lebih berkualiti seperti sumber kekacang.

Perlu diingatkan jika membeli kekacang seperti kacang tanah, eloklah diteliti dahulu kandungan minyak yang hadir dari sumber luar, seperti minyak sawit (olein) atau minyak sayuran. Teliti label, atau lihat rupa fizikal kacang tersebut. Pilih yang kurang berminyak.

Komen SS: Dengan mengamalkan tips diet ini, anda bukan sahaja boleh berjimat, tetapi menjadi lebih sihat. Dan jangan lupa beriadah juga ya, nak kurus kurus juga, kesihatan jantung kita kena jaga juga. Selamat mencuba, salam “good luck” dari SS untuk anda ;)

Comments

  1. Reply

  2. By linda

    Reply

  3. By Arid

    Reply

  4. Reply

  5. Reply

  6. By Fadli Farouqi

    Reply

  7. By DD

    Reply

  8. Reply

    • Reply

  9. By itah

    Reply

  10. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *