Tips Diet ketika Dating?

Encik SS mesti pernah dengar orang yang sedang hangat bercinta ni secara fizikalnya ‘bahagia’. Berat akan bertambah berkali-kali ganda minggu demi minggu, kerana tak jaga makan terutamanya ketika keluar dating. Saya pun tak terkecuali la encik SS. Lemak yang berlipat-lipat ni kalau boleh nak dibuang cepat sebab bulan 6 ni kitorang nak bernikah dah. Tolonglah yea.. Untuk pengetahuan encik SS, kitorang dating 2-3 kali jugak seminggu, tambah-tambah bila hujung minggu, memang wajib dating dan MAKAN!

Sabrina Rebina
Puchong

 

Tips Diet ketika Dating?

1 – Kongsi Makanan
Bukankah korang dah berjanji nak sehidup semati? Juga sanggup berkongsi susah senang, perit jerih dan segala rintangan yang mendatang? Jika korang pernah meluahkan janji-janji sebegini, maka berkongsi makanan ketika dating pastinya tidak menjadi masalah yang besar. Bukan sahaja menjimatkan duit dan menjimatkan kuota kalori (DCR), tetapi korang akan tampak lebih romantik dan sweet jika berkongsi makanan.

2 – Banyakkan perbualan dan makan secara perlahan
Dating merupakan proses untuk mengenali hati budi masing-masing. Gunakan waktu yang ada untuk bercerita, bercerita dan terus bercerita, tetapi biarlah berpada-pada (bukan bercakap seperti Keretapi Ekspres Sinaran Pagi). Cuba tukar pemikiran korang, bahawa waktu makan itu bukanlah waktu untuk makan semata-mata dan kekal senyap sehingga makanan di pinggan habis (nampak sangat kebuloqnya kan), tetapi lebih kepada sesi luahan bercerita. Korang kan selalu melepak di mamak dan bersembang dengan kawan-kawan? Konsepnya di sini sama sahaja. Makan secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit untuk mengelakkan daripada tercekik. Pokoknya, panjangkan dan lambatkan sesi makan ini dengan “perbanyakkan perbualan” dan “makan secara perlahan”. (Tahukah korang bahawa otak mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum dapat mentafsir rasa kenyang? Maka dengan itu lambatkanlah sesi makan bersama pasangan)

3 – Lakukan aktiviti membakar kalori, bukan menambah kalori
Tak semestinya apabila dating sahaja harus berfikir tentang makanan, harus menyumbat perut dengan makanan-makanan yang ternyata tidak berkhasiat tetapi berkalori tinggi. Tetapi korang boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang kebiasaannya dilakukan ketika berdating, tetapi ramai yang tak sedar ia menggunakan kalori yang banyak. Sebagai contoh, shopping. Orang perempuan semestinya tak sah kalau tak shopping (atau sekadar window shopping) apabila keluar, tidak terkecuali juga apabila dating bersama teman lelakinya. Orang lelaki pula pastinya mengeluh kerana terpaksa berjalan seperti zombie dan menjadi pengkritik fesyen tak bertauliah untuk teman wanita mereka. Tunggu! “Mengeluh kerana terpaksa?” Seharusnya korang tidak mengeluh wahai lelaki-lelaki di luar sana, terutamanya yang mensasarkan untuk menurunkan berat badan dalam masa terdekat, kerana shopping membakar kalori secara purata sebanyak 160kcal sejam.

4 – Berceritalah pasal kalori
Bila lagi nak uji tahap pemahaman korang yang membaca blog SS ni setiap hari kan? Tetapi, adakah bercerita tentang Kalori ketika dating itu membosankan? Tidak.. bukankah ketika bercinta ini semuanya indah-indah? Berhujahlah tentang kalori setiap kali korang menjamu selera kerana ini lah masa yang paling sesuai untuk korang brainwash pasangan korang (dan muhasabah diri korang) dengan ilmu-ilmu berkenaan kalori ni. Jangan takut untuk mengucapkan “I love you” “Baby, awak tahu tak A&W Rootbeer with Floats tu mengandungi 500kcal? Kalau awak minum 7 gelas ni dah bersamaan dengan setengah kilogram lemak bersarang kat badan awak tu..” Menakut-nakutkan si dia dengan pernyataan sebegini sama sekali tidak salah, malah digalakkan.

5 – Berlaku jujur dengan pasangan
Sekiranya korang merasakan pasangan korang gemuk, cubalah menyedarkannya. Berkatalah kepadanya dengan lembut dan manja, “sayang.. awak dah semakin chubby lah.. cubalah kurus sikit” dan bukannya berkata, “sayang.. sumpah rupa awak macam Lisa Surihani.. awaklah Lisa Surihani saya sehingga ke akhir hayat” Tidak salah korang hendak berlaku jujur wahai lelaki, tetapi sekiranya korang suka bakal isteri korang berbadan buntal, itu terpulang. Pokoknya, bertindak sekarang, jangan menyesal nanti terutama selepas dah ada 2-3 orang anak, berlakulah jujur. Untuk tip ini, diulang agar sila gunakan suara dan gaya yang sehabis manja kerana jika salah pitching, korang akan …… (terlalu ngeri untuk diceritakan di sini)

Komen SS: Tak salah kalau nak dijadikan hari ketika dating tu sebagai ‘cheat day‘ dengan syarat patuh pada program/berdisiplin pada hari-hari biasa, tapi kalau dah hari-hari pun nak dating, macam mana pula tu?

Comments

  1. By Fiffy

    Reply

  2. By zul

    Reply

  3. By Dira

    Reply

    • Reply

  4. By ezan

    Reply

  5. By Nanny

    Reply

  6. By sarah

    Reply

  7. By tinkerbell

    Reply

    • Reply

  8. By farha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *