Tips Diet ketika Dating?
“Encik SS mesti pernah dengar orang yang sedang hangat bercinta ni secara fizikalnya ‘bahagia’. Berat akan bertambah berkali-kali ganda minggu demi minggu, kerana tak jaga makan terutamanya ketika keluar dating. Saya pun tak terkecuali la encik SS. Lemak yang berlipat-lipat ni kalau boleh nak dibuang cepat sebab bulan 6 ni kitorang nak bernikah dah. Tolonglah yea.. Untuk pengetahuan encik SS, kitorang dating 2-3 kali jugak seminggu, tambah-tambah bila hujung minggu, memang wajib dating dan MAKAN!”
Sabrina Rebina
Puchong
1 – Kongsi Makanan
Bukankah korang dah berjanji nak sehidup semati? Juga sanggup berkongsi susah senang, perit jerih dan segala rintangan yang mendatang? Jika korang pernah meluahkan janji-janji sebegini, maka berkongsi makanan ketika dating pastinya tidak menjadi masalah yang besar. Bukan sahaja menjimatkan duit dan menjimatkan kuota kalori (DCR), tetapi korang akan tampak lebih romantik dan sweet jika berkongsi makanan.
2 – Banyakkan perbualan dan makan secara perlahan
Dating merupakan proses untuk mengenali hati budi masing-masing. Gunakan waktu yang ada untuk bercerita, bercerita dan terus bercerita, tetapi biarlah berpada-pada (bukan bercakap seperti Keretapi Ekspres Sinaran Pagi). Cuba tukar pemikiran korang, bahawa waktu makan itu bukanlah waktu untuk makan semata-mata dan kekal senyap sehingga makanan di pinggan habis (nampak sangat kebuloqnya kan), tetapi lebih kepada sesi luahan bercerita. Korang kan selalu melepak di mamak dan bersembang dengan kawan-kawan? Konsepnya di sini sama sahaja. Makan secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit untuk mengelakkan daripada tercekik. Pokoknya, panjangkan dan lambatkan sesi makan ini dengan “perbanyakkan perbualan” dan “makan secara perlahan”. (Tahukah korang bahawa otak mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum dapat mentafsir rasa kenyang? Maka dengan itu lambatkanlah sesi makan bersama pasangan)
3 – Lakukan aktiviti membakar kalori, bukan menambah kalori
Tak semestinya apabila dating sahaja harus berfikir tentang makanan, harus menyumbat perut dengan makanan-makanan yang ternyata tidak berkhasiat tetapi berkalori tinggi. Tetapi korang boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang kebiasaannya dilakukan ketika berdating, tetapi ramai yang tak sedar ia menggunakan kalori yang banyak. Sebagai contoh, shopping. Orang perempuan semestinya tak sah kalau tak shopping (atau sekadar window shopping) apabila keluar, tidak terkecuali juga apabila dating bersama teman lelakinya. Orang lelaki pula pastinya mengeluh kerana terpaksa berjalan seperti zombie dan menjadi pengkritik fesyen tak bertauliah untuk teman wanita mereka. Tunggu! “Mengeluh kerana terpaksa?” Seharusnya korang tidak mengeluh wahai lelaki-lelaki di luar sana, terutamanya yang mensasarkan untuk menurunkan berat badan dalam masa terdekat, kerana shopping membakar kalori secara purata sebanyak 160kcal sejam.
4 – Berceritalah pasal kalori
Bila lagi nak uji tahap pemahaman korang yang membaca blog SS ni setiap hari kan? Tetapi, adakah bercerita tentang Kalori ketika dating itu membosankan? Tidak.. bukankah ketika bercinta ini semuanya indah-indah? Berhujahlah tentang kalori setiap kali korang menjamu selera kerana ini lah masa yang paling sesuai untuk korang brainwash pasangan korang (dan muhasabah diri korang) dengan ilmu-ilmu berkenaan kalori ni. Jangan takut untuk mengucapkan “I love you” “Baby, awak tahu tak A&W Rootbeer with Floats tu mengandungi 500kcal? Kalau awak minum 7 gelas ni dah bersamaan dengan setengah kilogram lemak bersarang kat badan awak tu..” Menakut-nakutkan si dia dengan pernyataan sebegini sama sekali tidak salah, malah digalakkan.
5 – Berlaku jujur dengan pasangan
Sekiranya korang merasakan pasangan korang gemuk, cubalah menyedarkannya. Berkatalah kepadanya dengan lembut dan manja, “sayang.. awak dah semakin chubby lah.. cubalah kurus sikit” dan bukannya berkata, “sayang.. sumpah rupa awak macam Lisa Surihani.. awaklah Lisa Surihani saya sehingga ke akhir hayat” Tidak salah korang hendak berlaku jujur wahai lelaki, tetapi sekiranya korang suka bakal isteri korang berbadan buntal, itu terpulang. Pokoknya, bertindak sekarang, jangan menyesal nanti terutama selepas dah ada 2-3 orang anak, berlakulah jujur. Untuk tip ini, diulang agar sila gunakan suara dan gaya yang sehabis manja kerana jika salah pitching, korang akan …… (terlalu ngeri untuk diceritakan di sini)
Komen SS: Tak salah kalau nak dijadikan hari ketika dating tu sebagai ‘cheat day‘ dengan syarat patuh pada program/berdisiplin pada hari-hari biasa, tapi kalau dah hari-hari pun nak dating, macam mana pula tu?
wahhh..suke entry nie..hehee..
betul tu joy..kdg2 org laki nie xjujur tau..sbb bila bercinta semua nya manis..bila ckp “sy gemok tak ?” mesti dia jwb “awk gemok pun cinta sy tetap tak berubah” hahahaha..masa bercinta mmg lah..klu dah kwin nnt??haihhh..
sbb tu la berat fie makin naik dulu smpai 60kg! T___T
nasib baik sedar awal2..skrg dah 48kg..alhamdulillah..
mmg btol, fie suke jln2 & skrg fie yg pilih tempat mkn..tiada lg pizza, kfc, mc’d..yay! :D
sayang.. awak dah semakin chubby lah
hahaha tak berani aku nak cakap cam tu
berani kerana benar.. kan zul? :)
Waaahhhh..saya suka gila ngan entry nih..well saya memang dalam process menurunkan berat badan. bila saya dah turun dlm 15kg, tetiba bercinta lah pulak,..hahah..masa bercinta tuh..tak sampai 3bulan, berat saya naek balik 4kg! isk. almaklumlah dating 2x sminggu..huhuhu..so skang sy manage turun another 8kg dah..bila dating, saya pakai tip no1 and no3..heheh
saya rasa semua perempuan pun suka tips yang dua tu.. :)
soooo true..
masa dating ni la tgh bahagia n leh kurus patut nye.. :)
mase g mkn..msti nk try mknn yg x prnh try..dh name nye try…msti la share2 jer..klu 2-2 amk yg sm xde la name try..kn?paling untung klu dpt partner yg ske jln2 kat mall..semua kedai nak masuk pun die x kisah..hehehe..
My hubby straight forward takde tapisnye..
Sayang… cube diet sket..gemok sgt dah nih…
syiiuut je..
Tunang dah pandai merungut sibuk suruh kuruskan badan…tension gile tiap2 kali jumpe asik tanya bila nak kurus…hadoi..
hehehe… ;P good luck!
true enough! dulu berat sy sedang2 je. pastu jmpe mr right kat uni mase 3rd year, die final year..of cos slalu kua jalan2, lg2 penang byk tempat best..
sedar-sedar dh gemuk! 2 2 pulak tu! terlajak berat, mmg payah nak diundur kan.. haha.. we’ve been together for 4 years and x lama lg insyaAllah nak kawen, so skang tgh berusaha excercise + kurangkan makan.. wish both of us luck ye! up until now, masih jumpa tiap2 hari, sy smbg blaja n dia keje kat sini..
can you imagine betapa susahnya nak tahan makan? hepi selalu..haha..
yes, memang menduga iman sama sekali… good luck to both of you, tinkerbell dan pasangan!
hahahaha…….tepat sekali SS…share je mknn..abis citer..
memula tu geram jugak sbb slalu je nak suruh2 org slim down.seolah2 mcm dia xdpt terima kt seadanye pulak.ehehe.
tp bila amik +ve side, memang btul pn ape yg dia ckp.ngeri bila pk ape akan jadi klu x jage pemakanan.apepun, thanx to ss sbb share tips and u really2 inspired ramai org.tahnx SS =)