Training Shirt SS! (Pre-Order Now!!)

Tempahan untuk tempoh TERHAD sahaja!!!

Permintaan untuk menghasilkan Training Shirt (T-shirt) SS sentiasa ada sejak tahun 2011 lagi, namun atas faktor kesibukan admin berserta tiada individu yang hendak mendesign baju tersebut, maka idea tersebut dipandang sepi untuk beberapa ketika. Sehinggalah SS mempunyai Support Group FB nya awal tahun 2012 yang lebih berfungsi sebagai ‘forum’ untuk geng SS bertukar-tukar pendapat, ilmu, progress, jenis senaman dan menu diet, maka idea tersebut terus dicanang-canang, sehingga rancangannya tidak mampu tertahan dan tertangguh lagi, lalu meletuslah ia seperti lahar yang panas.

Maka dengan penuh rasa syukur, sukacita dimaklumkan design Training Shirt SS telah pun berjaya disiapkan hasil dari beberapa siri “voting” dan “feedback” oleh pembaca-pembaca sendiri di Facebook. Sehubungan dengan itu juga, proses tempahan dibuka secara rasmi mulai hari ini.

Mengapa anda harus memiliki Training Shirt ini?

1 – Boleh digunakan ketika bersenam di gym mahupun bersenam di Taman dengan selesa memandangkan materialnya adalah ‘dry-fit’ / ‘microfiber’ (kain jersey bola).

2 – Boleh digunakan untuk tournament marathon / merentas desa / futsal – design sengaja dibiarkan kosong pada bahagian depan dan belakang supaya boleh diletakkan bip (no. peserta). Saya tahu ramai geng SS yang suka berlari.

3 – Boleh digunakan sebagai baju harian, tidak kira ketika anda berjalan-jalan di pasaraya, berada di bandaraya, jalan raya, lebuh raya, mahupun ketika menghadiri mesyuarat kampung di balai raya.

4 – Boleh “customize” warna baju, jenis kolar dan jenis lengan berdasarkan pilihan yang ada.

5 – Kerana ini satu-satunya peluang anda untuk memiliki Training Shirt ini secara eksklusif sebagai koleksi mahupun sebagai sokongan anda kepada laman web SusuSejat.Com dan menyebarkan “the goodness of gaya hidup mantap” ke luar alam maya pula. Peluang seperti ini sukar untuk datang 2 kali.

Deskripsi Baju:

Design: Seperti pada gambar di atas + satu lagi logo bulat “SS!” pada lengan sebelah kanan berserta link “www.sususejat.com” pada bawahnya (tidak ditunjukkan dalam contoh gambar)
Material: Dry-fit (lengan pendek); cotton/polyester (lengan panjang)
Warna: Hitam, Putih, Merah dan Biru
Kolar: Round-neck
Saiz baju: Pelbagai saiz (rujuk carta di bawah untuk ukuran)
Lengan baju: Lengan pendek, Lengan panjang

Harga bergantung pada jenis lengan. Berikut adalah harga untuk setiap item/baju (TIDAK termasuk pos):

Lengan Pendek: RM25 (harga ketika tempahan rasmi)
Lengan Panjang: RM27 (harga ketika tempahan rasmi)

Berikut pula adalah kos penghantaran (Pos Laju sahaja)

Semenanjung Malaysia: RM6
Sabah/Sarawak/Singapura/Brunei: RM8

**PROMOSI**: Free Shipping untuk pre-order 5 item dan ke atas!!!

Cara-cara membuat tempahan:

1 – Kenal pasti item yang hendak ditempah (jenis lengan, jumlah baju, etc) + bayaran pos yang perlu ditanggung. Item yang ditempah lebih dari satu boleh disatukan posnya (combine shipping). Pembelian 5 item dan ke atas akan mendapat free postage.

2 – Kira JUMLAH kos yang perlu dibayar. Contoh, kalau anda hendak beli sepasang Training Shirt lengan pendek dan sepasang Training Shirt lengan panjang, dan anda menetap di Brunei, maka jumlah perlu dibayar:

TS Lengan Pendek + TS Lengan Panjang + Pos Laju = 25 + 27 + 8 = RM60

3 – Lakukan pembayaran ke salah satu akaun bank berikut:

Hasrizul Hashim
CIMB: (Order rasmi sudah ditutup – jika berminat, sila email dahulu untuk pertanyaan)
MAYBANK: (Order rasmi sudah ditutup – jika berminat, sila email dahulu untuk pertanyaan)

4 – Selepas melakukan pembayaran, hantarkan butir-butir berikut seberapa segera yang mungkin ke email sususejat[at]gmail.com

Nama Penuh
Alamat Penghantaran
No. Telefon
Bukti Pembayaran (printscreen/scan detail of transaction)

Warna Baju

Saiz Baju
Jenis Collar
Jenis lengan baju

(sekiranya tempah lebih dari sepasang baju, sila nyatakan detail untuk setiap baju secara berasingan untuk mengelakkan kekeliruan pihak kami)

Tempah Sekarang! Tarikh Tutup tempahan adalah sehingga minggu hadapan sahaja, 12 Oktober 2012. Masa adalah terhad, masa itu EMAS!

Proses mengambil tempahan sehinggalah kepada penghantaran baju kepada pembeli mengambil masa sekitar sebulan. Status Kerja berikut akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan anda. Do check it out regularly!

1 – Ambil tempahan rasmi (status: sudah berlalu – namun order tak rasmi masih diterima, harga mungkin sedikit berbeza dari harga ketika tempahan rasmi)
2 – Menghantar tempahan ke pembekal (status: sudah berlalu)
3 – Training Shirt dicetak oleh pembekal (status: sudah berlalu)
4 – Training Shirt siap untuk diambil (status: sedang berjalan)
5 – Segera hantar kepada pembeli dengan Pos Laju! (akan datang)

Comments

  1. Reply

  2. By elmyolen

    Reply

  3. By saharmi mohd sidek

    Reply

    • Reply

  4. By Mohd Fadhli Bin Murad

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *