Transformasi terhebat selebriti dekad ini

Tahun 2010 akan melabuhkan tirainya tidak sampai 48 jam lagi. Apa resolusi anda untuk tahun baru yang bakal menjelang tiba? Ingin mendapatkan rupa paras yang lebih cantik atau lebih tegapkah?

Sudah menjadi lumrah, artis sering menjadi ikutan para peminat. Mereka dianggap contoh atau role model oleh sesetengah pihak, dan oleh yang demikian sesuatu perkara negatif yang melibatkan artis pasti akan menjadi cemuhan.

Jangan tak tahu, artis juga perlu melakukan transformasi untuk memenuhi tuntutan kerjaya. Ada transformasi yang memaksa mereka menaikkan berat badan (seperti Afdlin Shauki yang terpaksa menambah berat badan untuk kelihatan lebih berisi dalam filem “Sumolah”), dan ada pula transformasi yang memaksa mereka turun berat badan sehingga berkilo-kilo banyaknya.

Ingin meninjau transformasi di kalangan selebriti? Berikut adalah beberapa transformasi yang pada hemat SS dahsyat, “marvelous”, dan terhebat yang pernah dilakukan oleh golongan-golongan selebriti dekad ini (2000 – 2010).

.

5 – Nik Sayyidah Fatiha Yazid (Mek Salam Pantai Timur)

Mek berjaya menurunkan berat badan beliau dari 103 kilogram ke 59 kilogram hanya dalam masa 8 bulan. Menerusi temuramah akhbar Utusan ke atas Mek (bertarikh 23 Januari 2008), rahsia transformasi mek adalah seperti berikut:

“Saya tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda yang manis dan juga bergula. Dah lapan bulan saya tak makan nasi.”

“Setiap hari sarapan cuma sebiji epal hijau dan secawan kopi. Tengah hari tak makan dan petang sikit baru makan mihun atau kuetiau tomyam. Saya juga banyakkan minum air mineral sekurang-kurangnya empat botol kecil sehari dan minum teh herba yang mama buat.”

“Setiap hari saya akan bersenam selama dua jam iaitu dengan berlari atas threadmill. Kalau balik ke Kelantan, saya ikut kelas aerobik yang mama buat. Mama saya guru aerobik.”

Ditanya adakah mek pernah mengambil ubat-ubatan untuk kurus, beliau menjawab “Saya tak percaya ada ubat boleh kurus. Kalau tak, dah lama saya kurus”

Komen SS: Aku tabik dengan transformasi Mek, tetapi terpaksa meletakkan beliau di tangga ke-5 memandangkan diet beliau adalah sedikit drastik, “menidakkan” nasi dan sumber-sumber protein berkualiti selama 8 bulan.

.

4 – Aizat Amdan

Siapa tidak kenal dengan ikon muzik negara yang menjuarai Juara Lagu 2009 ini? Umum sedia mengetahui yang beliau memiliki tubuh yang gemuk ketika mula menyertai rancangan realiti tv Akademi Fantasi beberapa tahun yang lalu. Kini, Aizat bukan sahaja boleh berbangga dengan rupa tubuhnya yang baru, tetapi juga tahap kecergasan yang beliau miliki kerana faktor itulah yang mampu membuatkan persembahannya kelihatan bertenaga.

Apakah yang dilakukan Aizat untuk mencapai matlamatnya? Aizat mendakwa beliau mengamalkan jogging selama 35 minit, mengunjungi gym dua kali seminggu, mengambil nasi hanya sekali seminggu (konon-kononnya cheat day), lebihkan makan makanan berasaskan organik dan berserat seperti sayur-sayuran.

Hasil dari diet tersebut Aizat berjaya menurunkan berat badannya dari 112 kg ke 88 kg.

Komen SS: Meskipun jumlah penurunan berat badan Aizat tidaklah se ‘marvelous’ Mek, tetapi disebabkan diet Aizat ini tampak lebih berkualiti, maka beliau ditempatkan di tangga ke-4.

.

3 – Gerard Butler

Tonight, we dine in hell!” Inilah hero Spartan yang memegang watak King Leonidas menerusi filem “300”. Hakikatnya, Gerard Butler dahulu bukanlah seorang yang berotot, malah tubuhnya besar berlemak.

Untuk transformasi beliau, Butler telah mendapatkan khidmat pendaki gunung professional (fokus pada latihan kardiovaskular) berserta seorang ahli bina badan dari Vanuezuela (fokus pada latihan kekuatan), disamping latihan senjata yang diamalkan. Hasil latihan yang diamalkan setiap hari untuk 16 minggu, Butler berjaya mendapatkan tubuh yang amat gagah seperti seorang super hero.

Komen SS: Tonight we dine at Kenny Rogers Roasters!

.

2 – Rain (Jung Ji-Hoon)

Lebih dikenali sebagai Bi di Korea, Rain pada awalnya memiliki tubuh yang tinggi lampai (184cm) seperti seorang model fesyen. Untuk itu beliau telah mendapatkan khidmat jurulatih-jurulatih yang telah membimbing pelakon-pelakon dalam filem “300” (Spartans).

Apa yang Rain makan untuk menurunkan peratusan Body Fat nya dari 12% sehinggalah 5% hanya dalam masa 8 bulan? Rain terpaksa melupakan nasinya seketika dan menggantikan sumber karbohidratnya dengan ubi kentang dan salad selaku alkaline. Beliau juga mengambil dada ayam tanpa kulit dan ikan mentah sebagai sumber protein, dan untuk sekali sekala, beliau akan makan daging lembu yang direbus (ini bukan sup daging lembu, tetapi memang daging yang direbus ‘kosong’ dalam air yang mendidih, tanpa perencah sup mahupun garam). Sekiranya inginkan rasa pedas, beliau akan memasukkan sedikit lada hitam ke dalam hidangannya.

Komen SS: Nak jadi macam Rain. Tetapi berapa orang yang sanggup mencontohi diet beliau?

.

1 – Christian Bale

Ini merupakan transformasi tubuh yang paling drastik dan dahsyat bagi SS setakat ini – dari seorang yang kurus seperti cicak kobeng menjadi tubuh super maskular, tubuh seorang hero. Itulah dia Christian Bale.

Pada asalnya, Bale yang bertubuh biasa terpaksa menurunkan berat badan secara menggila semata-mata untuk menjayakan wataknya sebagai Trevor Reznik, seorang yang menghidap penyakit insomnia yang kronik, menerusi filem “The Machinist“. Untuk menjayakan misi ini, beliau terpaksa mengamalkan diet berlapar – bayangkan beliau hanya mengambil 275kcal sahaja sehari dengan menikmati kopi, sebiji epal, dan hanya satu tin tuna! Gila, memang gila, dan untuk itu beliau kehilangan semua lemak dan otot-ototnya sekurang-kurangnya 30kg dalam masa 4 bulan.

Lebih gila daripada itu, Bale sebenarnya berhasrat untuk menurunkan berat badannya sebanyak 45kg, namun ditegah oleh penerbit dan pengarah filem tersebut atas faktor kesihatan.

Walaubagaimanpun, cabaran sebenar bermula apabila tamat sahaja pengambaran filem The Machinist (2004), Bale telah ditawarkan untuk memegang watak Bruce Wayne dalam filem superhero Batman Begins (2005), tetapi beliau harus memiliki tubuh super hero untuk menjayakan filem tersebut (ingat, ini bukan filem Cicakman yang hanya memerlukan superheronya berbadan keding seperti Saiful Apek). Untuk itu, Bale kembali rajin melakukan weight training di gym sambil mengamalkan diet yang betul dan hasilnya, beliau mendapat kembali otot-ototnya sebanyak 18kg hanya dalam masa yang sangat singkat!

Komen: Bale memang gila! Apa-apa pun transformasi beliau adalah yang paling mencuri tumpuan SS setakat ini.

Comments

  1. By ideal

    Reply

  2. By attiesya

    Reply

  3. By atie

    Reply

  4. Reply

  5. By jack

    Reply

  6. By annyyzz

    Reply

  7. By tuah

    Reply

    • Reply

  8. By Aish Buck

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *