Turun berat badan di Bulan Ramadhan, PERLU atau TIDAK?

FAQ untuk weight loss versi Ramadhan? Ramai juga yang PM, email, dan bertanya di Facebook berkenaan penurunan berat badan ketika di bulan Puasa. Kesemuanya adalah soalan yang lebih kurang sama sahaja bunyinya. Justeru untuk kesenangan semua pihak dan untuk mengelakkan soalan-soalan yang sama berulang di masa akan datang, maka adalah lebih baik aku menjawab semua kekeliruan tersebut dalam entri ini. Boleh juga dijadikan rujukan untuk Ramadhan yang akan datang.

1. “Bolehkah saya menurunkan berat badan ‘gila-gila’ sepanjang bulan puasa ini?

Jawapan SS: Sebenarnya, secara jujur, tak berapa digalakkan untuk membuat penurunan berat badan sepanjang bulan puasa ini kerana majoriti berat yang akan turun ketika bulan puasa itu adalah berat otot. Berat otot ini akan bertambah kembali kepada keadaan asalnya apabila kita makan seperti biasa balik menjelang 1 Syawal nanti. Tetapi disebabkan ramai yang tak kisah untuk hilang otot, aku tak menghalang. Cuma aku menasihati ia tak bagus untuk jangka masa panjang (perlu kekalkan otot untuk pastikan metabolisma sentiasa tip-top).

.

2. “Bacaan pada penimbang menunjukkan saya telah turun sebanyak 3-4Kg, tetapi apabila saya memberitahu rakan-rakan, mereka mengatakan rupa saya tidak berubah langsung. Kecewa juga lah mendengarnya. Tetapi bagaimana boleh jadi begitu?

Jawapan SS: Itu bukanlah sesuatu yang misteri. Penurunan berat tersebut mungkin (sama ada) disebabkan kehilangan air, atau sama seperti yang aku sebutkan sebentar tadi, turun jisim otot. Otot lebih tumpat dari lemak, umpama batu dengan kapas (batu lebih tumpat dari kapas, 1kg batu lebih kecil saiz/isipadunya berbanding 1kg kapas). Hilang 3-4kg otot kesannya tak berapa nampak berbanding hilang 3-4kg lemak, kerana ‘saiz’ 3-4kg lemak tu lebih besar daripada ‘saiz’ 3-4kg otot. Maka dengan itu situasi yang dialami oleh si penanya soalan ni dah kira rugi, kerana berat otot akan bertambah kembali pada keadaan asalnya apabila tamatnya Ramadhan, apabila kita mula makan seperti biasa. Bacaan lanjut menerusi entri ini amat membantu.

5lb lemak lebih besar saiznya berbanding 5lb otot

.

3. “Jadi bagaimana nak memanfaatkan SEPENUHNYA pembakaran lemak, dan bukannya otot?

Jawapan SS: Tunggu sehingga berakhirnya Ramadhan. Itu sahaja solusinya. Berdasarkan pengalaman aku menurunkan berat badan sebelum ini, Ramadhan seharusnya dijadikan sebagai ‘butang reset’ dalam plan satu-satu diet. Bukankah sebelum ini kita telah bekerja keras untuk menurunkan berat badan? Jadikan tempoh sebulan berpuasa sebagai tempoh berehat untuk fizikal dan mental. Makan seperti biasa tetapi masih menerapkan tip yang aku pesan sebelum ini. Amalkan juga senaman dengan intensiti yang sedikit ringan untuk memastikan stamina tidak jatuh terlalu teruk dan diri kekal cergas sepanjang tempoh berpuasa. Dengan cara ini, tubuh badan pasti akan menjadi ‘fresh‘ apabila tamatnya Ramadhan dan semestinya akan bersedia 100% untuk menyambung kembali plan diet (untuk menurunkan berat badan) yang telah kita tinggalkan sebelumnya. Berdasarkan hemat aku, teknik ini juga berupaya untuk menewaskan plateau dalam menurunkan berat badan (jika ada dialami sebelumnya). Itulah kelebihan Puasa dan Ramadhan.

Comments

  1. By Julie

    Reply

    • Reply

  2. By cla

    Reply

    • Reply

  3. By ejat

    Reply

  4. By an

    Reply

    • Reply

  5. By liz

    Reply

  6. By anne

    Reply

    • Reply

  7. By linmtrx

    Reply

  8. By sayani

    Reply

    • Reply

  9. By Omar

    Reply

    • Reply

  10. Reply

    • Reply

  11. By Mak nom

    Reply

  12. By dka

    Reply

  13. By ben

    Reply

    • Reply

  14. By azie

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *