Udang, Vitamin C, dan Keracunan Arsenik

Baru-baru ini seorang rakan saya di Facebook ada berkongsikan satu status yang mana antara lain menyebut:

“Baru2 ni ambe jumpa semula viral mengenai kes makan vitamin c dengan udang jadi racun arsenik yang menggunakan gambar Neda Agha Soltan yang berdarah keluar dari mulut, hidung dan mata sebagai, samada HIASAN atau CLAIM bukti kes tersebut. Walhal perkara ini tiada lagi ambe jumpa mana2 research atau journal (kalau ada sila nyatakan dan boleh sama2 share). Neda Agha Soltan adalah mangsa penembak tepat yang di tembak tepat pada jantung/dadanya dalam satu perhimpunan di Iran. Beliau yang berada di sebelah bapanya, meninggal dunia tak sampai 3 minit selepas di tembak….”
Mungkin gambar inilah yang dimaksdkan oleh rakan facebook saya itu. Memang Neda telah ditembak oleh polis Iran ketika melakukan protes keputusan pilihanraya Iran pada tahun 2009.

Mungkin gambar inilah yang dimaksdkan oleh rakan facebook saya itu. Memang Neda telah ditembak oleh polis Iran ketika melakukan protes keputusan pilihanraya Iran pada tahun 2009, dan bukannya meninggal dunia akibat keracunan Arsenik seperti yang cuba didakwa.

Terdapat 2 kesilapan yang mungkin ada dalam maklumat yang disebarkan. Pertama, gambar yang digunakan LANGSUNG tidak merujuk kepada kes keracunan Arsenik. Menurut sebuah laporan forensik oleh Gilles Tournel dan rakan-rakan bertajuk “Acute Arsenic Poisoning: Clinical, Toxicological, Histopathological, and Forensic Features” (baca laporan penuh di sini) pendarahan dalaman memang berlaku akibat keracunan arsenik, cuma pendarahan yang berlaku itu tidaklah “se-ekstrim” sehingga darah pekat boleh mengalir keluar dari mata seperti apa yang digambarkan. Dari apa yang saya faham, darah hanya keluar dari sistem dek keracunan arsenik (menerusi diet) samada menerusi punggung (diarrhea), menerusi air kencing (kencing berdarah) atau menerusi mulut (muntah dengan kuat atau force vomit) – dipendekkan cerita iritasi oleh Arsenik memberi kesan yang dominan kepada sistem penghadaman. Berikut adalah quote kepada jurnal yang saya maksudkan;

“The irritant action of arsenic causes bleeding and capillary transudation into the gastrointestinal mucosa, with vesicle formation. Eventually, these vesicles rupture into the gastrointestinal tract, and the tissue produces rice water, bloody diarrhea, and vomitus. Excessive bleeding compromises the circulatory system, and blood pressure progressively decreases. In comparison, chronic arsenic exposure at low doses causes a “milk and roses” appearance owing to vasodilatation of facial capillaries.”

Kedua, laporan berkenaan kombinasi “Udang + Vitamin C = Arsenic Poisoning” itu memang wujud dahulu, cuma ia telah digembar-gemburkan oleh segelintir mereka yang paranoid atau cuba untuk membuat pengguna lain menjadi paranoid seperti mereka, atau mungkin juga salah satu cara pihak tertentu mensabotaj bisnes suplemen Vitamin C yang mana agak popular dan tumbuh bak cendawan sejak varian sintetik vitamin C diperkenalkan pada 1930-an. Antara akhbar yang melaporkan laporan kajian berkenaan adalah “The Evening Independent” bertarikh 30 Ogos 1985. Namun, sekiranya anda teliti betul-betul tajuk akhbar tersebut, anda pasti faham dan bersetuju bahawa memang ada segelintir pihak yang sengaja untuk memanaskan isu ini.

arsenic+shellfish+vitaminc

“………..if mixed with BIG DOSSES of vitamin C”. Perhatikan mengapa saya menulis dengan huruf besar perkataan BIG DOSSES tersebut.

Isu yang cuba diketengahkan di sini bukanlah isu keracunan Arsenik sebenarnya, tetapi lebih kepada isu pengambilan Vitamin C yang berlebihan dalam sehari. Kandungan Arsenik dalam haiwan (seperti Udang) adalah sesuatu yang normal dan ‘relatively harmless‘ (tidak merbahaya) untuk manusia kerana Arsenik yang ada adalah dalam bentuk organik dan kandungannya pula sedikit – badan masih boleh menyingkirkannya secara normal dan selamat.

Arsenik di sini, pada pendapat saya adalah sekadar medium atau contoh bahawa pengambilan Vitamin C yang melampau (overdose) juga adalah sesuatu yang tidak elok. Sebab itu terdapatnya garis panduan “Recommended Dietary Allowance” (Pengambilan dietari yang dibenarkan)  atau “RDA” untuk vitamin C; berapa jumlah vitamin c yang seseorang itu perlu ambil dalam sehari itu perlu ada dalam lingkungan yang dibenarkan. Menerusi doktor-doktor yang ada dalam group Susu Sejat, saya juga mendapat tahu bahawa kandungan vitamin C dalam ubat / suplemen yang diberikan kepada pesakit di hospital kerajaan sebenarnya jauh lebih sedikit berbanding kandungan vitamin C “conventional” yang ada dalam mana-mana produk multivitamin / vitamin C yang dijual di farmasi atau pasaraya.

RDA-vit-C

Pengambilan Vitamin C yang dicadangkan oleh US RDA – Lelaki dewasa 90mg sehari manakala untuk wanita dewasa pula hanyalah 75mg sehari. Kalau ikut World Health Organization (WHO) pula adalah separuh sahaja dari yang dicadangkan oleh US RDA iaitu 45mg sehari. Pengambilan boleh ditingkatkan atas sebab tertentu (sebagai contoh wanita mengandung, sakit, atlit) tetapi sesekali tidak boleh melebihi 2000mg sehari. Pengambilan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah oren dan Betik sebenarnya sudah cukup untuk menampung keperluan vitamin C seorang manusia normal dalam sehari. Sumber Jadual: Institute of Medicine, http://www.iom.edu/Home/Global/News%20Announcements/~/media/Files/Activity%20Files/Nutrition/DRIs/DRI_Summary_Listing.pdf

Sekiranya pengambilan vitamin C anda adalah normal, terkawal dan mengikut garis panduan yang dibenarkan, makan lah apa-apa pun, insyaa Allah tidak memudaratkan, sekalipun memakan udang. Kalau di US dulu, ada sejenis hidangan yang mana udang (shrimp) dihidangkan dengan pencicah lemon. Bukankah lemon juga ada vitamin C?

Komen Tambahan SS: Awal Februari lalu (2013) Reuters melaporkan penemuan baru kajian sekumpulan saintis dari Sweden yang mendakwa lelaki yang mengambil vitamin C secara tidak terkawal dan berterusan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat batu karang pada ginjal berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Seperti yang saya beritahu, kandungan vitamin C dalam supplemen biasanya lebih tinggi berbanding jumlah yang dicadangkan oleh RDA, justeru adalah menjadi tanggungjawab anda agar memastikan pengambilannya mencukupi untuk diri sendiri dan terkawal (sebagai contoh ada yang mencadangkan pengambilan suplemen vitamin C yang sedia ada pada hari ini diambil secara selang sehari dan bukannya diambil setiap hari).

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

DD-thumbnail.
Sudahkah anda membuat tempahan untuk memiliki Diari Diet? Manuskrip Diari Diet sudah dihantar ke syarikat percetakan dan proses cetakan dianggar siap pertengahan Februari depan. Namun proses mengambil tempahan telah pun dibuka, tempahlah sekarang di sini dan jadilah antara yang pertama memilikinya nanti!

Comments

  1. By belle00belle

    Reply

  2. By rool

    Reply

    • Reply

  3. By anis

    Reply

  4. By ct dkota

    Reply

    • Reply

  5. By Shida

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *