Vitamin D tidak mencegah Selesema?

Berita terbaru dari makmal

Saintis dari New Zealand mendakwa tiada bukti kukuh yang menunjukkan pengambilan suplemen Vitamin D mampu mencegah pengamalnya dari menghidap selesema.

Kajian yang mereka lakukan mendapati bilangan 161 sampel yang mengambil suplemen Vitamin D setiap hari untuk tempoh 18 bulan mendapat selesema sama banyaknya dengan bilangan 161 sampel yang mengambil “pil tipu” (ada kesan placebo yang kononnya mereka juga ambil supplemen untuk mencegah selesema, padahal “pil tipu” itu cuma “gula-gula biasa” sahaja. Saintis kebiasaan buat begini untuk dijadikan sebagai kawalan/control variable dalam kajian).

Kajian ini telah dilaporkan dalam “Journal of the American Medical Association”.

Berhubung dengan kajian terbaru ini, Prof Ronald Eccles dari Common Cold Centre, Cardiff University memberikan komennya yang tersendiri.

There is sufficient information to indicate that vitamin D is a vital vitamin for the immune system. Supplementation might help to support the immune system over the winter when we are short of vitamin D. Supplements do not work for everybody because people’s immune systems are different. It’s not a case of one size fits all. They are pointless unless you are deficient.

Terjemahan: “Terdapat maklumat secukupnya yang menunjukkan Vitamin D adalah vitamin yang penting untuk sistem imun badan manusia. Pengambilan suplemen membantu sistem imun ketika musim sejuk tatkala kita kekurangan vitamin D (merujuk kepada climate negara bermusim yang kekurangan cahaya matahari ketika musim sejuk – cahaya matahari adalah perkusor kepada Vitamin D). Walaubagaimanapun suplemen tidak berkesan untuk semua orang memandangkan setiap individu mempunyai sistem imun yang berbeza. Suplemen adalah sesuatu yang tidak penting (tak perlu nak ambil) melainkan kamu betul-betul kekurangan akannya (menerusi diet).”

Kajian ini mungkin memberi sedikit tamparan memandangkan sebelum ini kita sudah terbiasa dengan info bahawa suplemen dengan kandungan asas nya Vitamin D mampu mencegah selesema. Contoh paling mudah adalah produk suplemen kanak-kanak Pati Ikan Cod Scott Emulsion yang diperkaya dengan Vitamin A dan D, yang mana suatu ketika dahulu jika anda masih ingat kita pernah dipersembahkan dengan iklan kanak-kanak yang pulang kehujanan dari sekolah, kemudian ibu kanak-kanak tersebut menjemputnya pulang dan setibanya di rumah si ibu memberikannya satu sudu besar Pati ikan tersebut agar kanak-kanak tersebut tidak mendapat demam selesema.

Entri berkaitan: Senaman mengurangkan risiko sakit jantung, tetapi mengapa?

Comments

  1. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *