Wanita berbulu lebat

Kenapa ada segelintir perempuan yang lengan atau kaki mereka berbulu macam lelaki?

Persoalan ini mungkin bermainan di minda anda kerana anda secara tak sengaja pernah melihatnya, atau mungkin anda salah seorang daripada mereka yang mengalaminya. Mungkin anda berasa malu dengan apa yang dialami, namun usahlah khuatir kerana ini bukan sejenis penyakit yang perlu dipandang serius.

Tak perlu serius dik… Bangga neh!!

Mengapa hal ini boleh terjadi? Jawapannya terletak pada perbezaan jumlah hormon testosteron yang ada dalam badan wanita. Wanita yang berbulu lengan dan kakinya memiliki hormon testosteron lebih banyak berbanding wanita normal. Fenomena ini dikenali sebagai Hirsutism.

Hormon testosteron terdapat hampir dalam semua hidupan. Ia merupakan hormon dominan lelaki, yang mempengaruhi sifat kematangan lelaki seperti tulang rangka yang lebar dan ketumpatan yang lebih, jisim otot yang banyak, halkum, dan termasuklah bulu pada badan (misai dan rambut). Disebabkan hormon ini juga, lelaki akan tumbuh bulu atau rambut lebih cepat berbanding perempuan, dan ini adalah antara sebab mengapa lelaki harus potong rambut dan misai dalam kadar yang kerap. Testosteron dihasilkan oleh organ utama alat kelamin masing-masing (Testis bagi lelaki, dan Ovari bagi perempuan).

Secara normalnya, wanita juga memiliki hormon testosteron dalam badan mereka, namun ia tidaklah setinggi hormon testosteron yang dimiliki lelaki. Jumlah yang ada dalam badan wanita normal adalah sangat sedikit, ‘cukup-cukup’ untuk tujuan pertumbuhan manusia (membesar). Namun tak dinafikan akan ada segelintir wanita yang memiliki lebih sedikit hormon ini berbanding wanita normal.

Jumlah normal dalam Lelaki: 300 -1,200 ng/dL
Jumlah normal dalam Wanita: 30 – 95 ng/dL

ng/dL = nanograms per deciliter

Kehadiran hormon testosteron dalam kuantiti yang tinggi ini juga bukan sahaja mempengaruhi kelebatan bulu pada lengan dan betis wanita. Sekiranya anda memerhati betul-betul, wanita yang berbulu lebat ini juga kebiasaannya mempunyai saiz buah dada yang lebih kecil, atau bidang/rangka badan yang besar, atau suara yang sedikit garau, atau kombinasi salah satu daripadanya. Ini merupakan antara kesan-kesan hormon testosteron – kesan nyata yang anda dapat lihat pada tubuh seorang lelaki. Namun usahlah anda risau kerana dalam kebanyakkan kes, fenomena ini tidak memudaratkan kesihatan, ia hanya mempengaruhi fizikal dalam peringkat yang kecil.

Mengapa pula ada sesetengah wanita yang memiliki hormon testosteron yang banyak, manakala dalam tubuh wanita normal pula sedikit? Ini adalah disebabkan oleh faktor genetik – bermaksud ia boleh diwarisi. Malah maklumat genetik yang berbeza di antara bangsa juga menyebabkan fenomena ini sering dilihat ada pada satu-satu kaum. Maklumat genetik ini pula akan mempengaruhi regulasi testosteron dalam badan.

Dalam arena bina badan, wanita yang menyertainya kebiasaannya akan mengambil suntikan testosteron untuk menggalakkan pertumbuhan otot mereka. Ini kerana secara fitrahnya badan wanita tidak boleh membentuk otot dengan banyak, dan ini antara sebab mengapa kaum wanita tidak perlu risau untuk melakukan senaman pemberat/rintangan kerana takut badan mereka akan menjadi seperti Arnold Schwarzenegger.. atau Sazali Samad. Namun ini tak bererti juga mereka (wanita) yang mengambil hormon testosteron akan turut tumbuh bulu dengan ketara lebatnya kerana semua hormon yang diambil telah digunakan untuk tujuan pembetukan otot (katalisnya di sini adalah senaman pemberat/weight training).


7 thoughts on “Wanita berbulu lebat

  1. ada kesan yang agak berat sebenarnya…

    masalah pengeluaran telur atau sindrom pcos yang menyebabkan gangguan haid dan kesukaran mengandung… tapi masih boleh diubati dengan mengubah gaya hidup dan mengambil ubatan yang disarankan doktor

  2. SS..peningkatan hormon lelaki ni bahaya juga…bertambahnya bulu kaki n juga kadang2 bulu menyerupai misai pada orang perempuan adalah salah satu petanda yang dia ada penyakit PCOS (polycystic ovarian syndrome)…penghidap PCOS susah nak hamil kerana masalah gangguan hormon ini..

    dan rata2 penghidap PCOS mempunyai bmi lebih dari normal…maknanya gemuk..cara terbaik nak fight masalah hormon ni adalah turun kan berat badan..itu jer caranya…

  3. SS… bagi wanita berbulu lebat.. die ade 3 kondisi..

    pertame skali kite kene lihat pade jenis bulu

    1)sex hormone dependent-mcm bulu dade, janggut, misai, etc..
    2) non sex hormone dependent- kening & bulu mate

    ………… kondisi tersebut………..

    a) hypertrichosis- dimane bulu y lebat hanye kerane effect of non sex hormone dependent

    b) hirsutism- bulu lebat kerane sex hormone dependent

    c) virilization- pertambahan bulu kerane sex hormone dependent + masculinization. dlm kondisi ni baru la terjadi seorang perempuan tu mempunyai otot y besar, suare y lebih garau, kecil buah dade.. dimane die lebih menyerupai lelaki.

    dan yess…kondisi a&b adelah disebabkan hormone testosteron. cume berbeze dr amount die sahaje.

    kalau salah harap maafkan. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>