Workout Dengan Aplikasi “miCoach”

miCoachSabtu lepas (21 September 2013), saya berkesempatan untuk mencuba satu aplikasi android yang dikenali sebagai Adidas miCoach. Antara kelebihan yang ada pada aplikasi ini berbanding aplikasi running lain, yang saya nampak:

1 – Menggunakan konsep ala-ala “personal trainer” dalam melatih seseorang individu ketika workout. Siap boleh pilih nak guna suara siapa.
2 – Sesuai untuk Newbie yang baru nak bermula (contoh: running)
3 – Tidak terhad untuk running sahaja; ia juga boleh digunakan untuk memperbaiki performance dalam sukan-sukan lain seperti bola sepak, tenis, rugbi, dan lain-lain. Pelan latihan untuk program “lose weight” atau “overall fitness” pun ada.
4 – Banyak plan-plan latihan yang boleh digunakan untuk perbaiki pace, stamina, dan power, sama ada “indoor” mahupun “outdoor“. Sebagai contoh, ada satu plan ni namanya “Football Attacking Speed” untuk melatih seseorang meningkatkan maksimum speed (Top Speed) ketika berlari. Siapa yang biasa main permainan bola seperti Winning Eleven atau Fifa, mesti tahu yang “Top Speed” ini merupakan attribute penting untuk pemain bola.
5 – Setiap plan latihan disesuaikan dengan tahap keupayaan seseorang individu, dan dari situ akan perlahan-lahan dilatih

1

Pelan latihan miCoach menggunakan sistem yang dikenali sebagai “workout zone” atau “zon latihan”. Ia terbahagi kepada 4 zon yang diklasifikasikan mengikut warna iaitu Biru (jalan biasa), Hijau (lari/jog santai), Kuning (lari dengan pace laju) dan akhir sekali Merah (pace maksimum atau pecut). Secara default, aplikasi ini sudah tersedia dengan beberapa pelan latihan dengan susunan “zon” yang berbeza-beza, namun anda juga boleh memuat turun latihan lain atau mereka sendiri pelan latihan anda jika anda daftar akaun di laman web miCoach.

2

Dipendekkan cerita, saya pun cubalah ‘run’ aplikasi tersebut ketika jogging pagi sabtu yang lepas. Jika pertama kali menggunakan aplikasi ini, seseorang perlu ambil pelan latihan “Asessment Workout” terlebih dulu untuk mengukur tahap keupayaan masing-masing. Dari situ, miCoach akan tahu berapa pace tertinggi kita untuk zon Hijau dan zon Merah, lalu menyesuaikan “pace zone” setiap latihan mengikut tahap keupayaan masing-masing. Sebab itu saya kata ia sesuai untuk Newbie!

Tempoh “Asessment” hanya mengambil masa 12 minit. Pada 2 minit pertama, miCoach akan suruh kita berjalan kaki dulu (warm up), sambil-sambil tu ada jugalah dia dok puji, kata pada kita “Good job, keep going!” dan sebagainya. Masuk minit ketiga, miCoach akan suruh kita tingkatkan halaju kita, minit demi minit, laju dan terus laju, sampailah pada minit ke-10, miCoach akan suruh kita lari dalam keupayaan maksimum (pecut). Baki 2 minit tu pula dia akan suruh kita kembali berjalan, sampailah cukup tempoh 12 minit.

Mula-mula tu agak janggal juga sebab saya tak faham apa yang Personal Trainer tu dok merepek. Jadi, “Asessment Workout” saya yang pertama ‘tak boleh dibaca’ oleh miCoach untuk mentafsir keupayaan saya. Nak tahu apa yang saya buat? Dari mula Assessment sampailah habis tempoh 12 minit, saya hanya berlari dalam ‘pace’ yang malar (constant) iaitu sekitar 6-7 min/KM. Memanglah miCoach tak boleh nak tafsir, sebab saya tak buat seperti apa yang dia minta!

Kali kedua saya buat Assessment, ikut apa yang Personal Trainer tu suruh satu persatu, akhirnya barulah miCoach boleh baca.

Bila dah habis tempoh "Asessment" selama 12 minit, anda boleh sambung lari seperti biasa dan miCoach akan tetap merekod pace dan jarak larian seperti biasa. Tak ada masalah.

Bila dah habis tempoh “Asessment” selama 12 minit, anda boleh sambung lari seperti biasa dan miCoach akan tetap merekod pace dan jarak larian seperti biasa. Tak ada masalah.

Menerusi “Assessment Workout” tadi, miCoach akan tahu berapa pace tertinggi untuk Zon Hijau dan pace tertinggi untuk Zon Merah; miCoach seterusnya akan “adjust” semula julat setiap zon untuk latihan yang akan datang sesuai dengan tahap keupayaan kita, dan menjadi tanggungjawab kita untuk berlatih dan memperbaiki rekod “Assessment” tersebut (kalau nak perbaiki pace untuk 5k, 10k, HM, M, atau Ultra M).

4

Buat sesiapa yang rasa nak cuba aplikasi Adidas miCoach ni, bolehlah muat turun dari Google Play Store. Ianya percuma, dan berbaloi untuk dicuba!

Rumusan latihan kardio pada pagi 21 September 2013. Misi selepas ini adalah untuk memperbaiki rekod "Top Red" peribadi, yeaahhhh!

Rumusan latihan kardio pada pagi 21 September 2013. Misi selepas ini adalah untuk memperbaiki rekod “Top Red” peribadi, yeaahhhh!

Lebih banyak pelan latihan boleh dipilih jika anda daftar akaun anda di laman micoach.adidas.com - boleh kata semua cabang disiplin sukan ada di sana

Lebih banyak pelan latihan boleh dipilih jika anda daftar akaun anda di laman micoach.adidas.com – boleh kata semua cabang disiplin sukan ada di sana, dan anda akan dilatih dari A hingga Z untuk mendapatkan stamina dan kekuatan fizikal yang diperlukan untuk sukan/disiplin tersebut.

Entri Bahagian ke-2, Workout Dengan Aplikasi “miCoach”.

Comments

  1. By danedz

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *