Yang Tersurat dan yang Tersirat (Bahagian 1)

“Buy 1 get 1 for free.. very low fat, low fat very much!”

Dalam dunia ni banyak betul mitos yang pelik-pelik. Mak (dan nenek di Sarawak) pernah berpesan masa aku kecil supaya jangan menunding jari tepat ke arah pelangi, kalau tak nanti jari telunjuk tu jadi buruk. Bila aku datang semenanjung, cikgu kat sekolah rendah pula ajar, kalau nak tunjuk kepada orang, jangan tunjuk dengan jari telunjuk, tapi tunjuk dengan hujung ibu jari.

Apa-apa pun, dunia pemakanan pun tak terkecuali dengan mitosnya. Mungkin ada di antara kalian dah tahu, dan mungkin juga ada yang masih belum mendengarnya. Ini yang aku namakan ‘mitos zaman moden’.

1 – Minuman Yogurt Rendah Lemak
Tersurat: Boleh minum banyak-banyak ni. Kandungan lemak dia sangat rendah, kadang-kadang sehingga 0% Fat pun ada. Sihat punya lah!
Tersirat: Namun sungguh kaya dengan kandungan gula. Awas, pengambilan gula yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kegemukan.


2 – Ayam, Ikan, telur, kekacang
Tersurat: Ni semua makanan berprotein tinggi ni, kalau makan banyak-banyak boleh tumbuh ‘muscle’, macam Arnold Susah-nak-eja.
Tersirat: Namun tak ramai yang tahu, protein yang berlebihan juga akan ditukar kepada lemak, sekiranya kalori defisit adalah positif (kalori yang diambil > kalori yang dipakai). Nak jadi macam Arnold kena makan makanan seimbang dik (nisbah karbohidrat:protein adalah 2:1), buat senaman yang sesuai, dan kena disiplin dengan program weight gain. Program weight gain tu pun bukan maksud sumbat je makanan tak kira masa, ada caranya… it’s part of art of fitness.

3 – Roti putih (white bread)
Tersurat: “weh Mat, minggu lepas aku tak makan nasik selama 2 minggu, aku makan roti jaaa! Kuruih 2kg kot aku”, kata Salleh kepada Mat. Maka Mat dengan girangnya pergi beli roti Gardenia kat 7-e, dan memulakan tips seperti yang dicadangkan Salleh dengan seribu harapan.

Tersirat: Tiada beza sebenarnya antara roti putih dan nasi. Seperti juga gula, kedua-duanya adalah simple carbohydrate, yakni karbohidrat yang dipakai seberapa segera oleh badan dan jika terlebih ambil berbanding tenaga yang diperlukan, maka karbohidrat tu akan ditukar kepada lemak. Tapi macam mana Salleh dengan hanya makan roti, boleh turun berat badan? 2 keping roti putih Gardenia bersamaan147kcal, manakala sepinggan nasi putih (2 genggam/170g) adalah 222kcal. Tu belum kira lauk pauk yang minyak-minyak lagi tu, dan kalau Salleh tambah nasik?

Tahukah anda? Gardenia adalah sejenis spesis bunga yang berwarna putih.

4 – Buah-buahan
Tersurat: “weh Salleh, aku dah cuba tips yang ko bagitau aku aritu, tapi tader apa-apa perubahan pon? Ko kencing aku ke ni?”, kata Mat kepada Salleh. Maka Salleh mengeluarkan sebuah lagi fatwa sendirinya yang berbunyi, “Oh, lupa aku nak habak lagi, aku sekarang malam-malam makan buah jaa, aku ikut adik pompuan aku tu yang dok diet, dia makan buah jaa malam-malam, ramping sungguh pinggang dia macam Mariah Kari. Berkesan!”

Tersirat: Seperti roti, buah-buahan juga adalah simple karbohidrat.Tiada bezanya dengan nasi. Tapi ada juga orang perempuan yang berjaya kuruskan badan dengan hanya makan buah sahaja di waktu malam, macam mana pula tu? Sekali lagi aku tegaskan, semuanya adalah kerana kalori. Rata-rata perempuan akan makan buah-buahan yang kononnya dinamakan ‘diet’, dan selepas seminggu, apabila ditimbang, berat mereka turun sekilo. Tapi tahukah, yang mereka sebenarnya telah mengurangkan pengambilan kalori mereka? Katakan kalau mereka makan 2 biji buah pear sekali pun, jumlah kalorinya adalah sekitar 180kcal, jauh lebih rendah dari nilai kalori sepinggan nasi.

Masih terdapat banyak lagi mitos-mitos dalam pemakanan, dan akan aku sambung ceritanya pada entri yang akan datang, dari semasa ke semasa. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.. Assalamualaikum.

Comments

  1. By bibi

    Reply

    • Reply

  2. By belladeeno

    Reply

    • Reply

  3. Reply

  4. By asikin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *