Yang Tersurat dan yang Tersirat (Bahagian 3)

“Isk.. banyak betul ‘mitos zaman moden’ dalam kepala atuk ni, sampai tak tahu nak mulakan yang mana satu, isk, isk, isk..”

“Apa susah atuk.. atuk mulakan saja dengan Bismillah..”

8Lemak dan Otot

Tersurat: Ramai yang anggap kalau kita turun berat badan sebanyak 2kg, maksudnya kita hilang lemak sebanyak 2kg. Dan Kalau kita naik berat 2kg, maksudnya kita dah tambah lemak pada badan kita sebanyak 2kg juga.

Tersirat: Hakikatnya, kita akan naik kedua-dua lemak dan otot apabila naik berat, dan akan hilang kedua-duanya bila turun berat. Yang membezakan nisbah keduanya adalah diet, senaman dan gaya hidup.

Ahli bina badan akan naik lebih otot berbanding lemak ketika menaikkan berat badan (faktor diet dan senaman), dan apabila kejohanan semakin dekat, mereka akan ‘cut‘ kembali pegambilan kalori harian mereka supaya lemak dapat dibuang dan otot itu akan sedaya-upaya dikekalkan supaya lebih menonjol (hakikatnya otot itu juga akan hilang sedikit). Sebanyak mana lemak dan otot yang ‘dibuang’ ketika cutting ni juga ditentukan oleh diet dan senaman. Proses ini berterusan, seperti sebuah proses penapisan (filtration) sehinggalah mereka mendapat tubuh yang dikehendaki.

Satu lagi contoh mudah, ketika berat aku 110kg, aku mampu melakukan 15 reps & 3 set ‘bicep curl‘ dengan 12kg dumbbell. Dalam berat aku yang 72kg sekarang, aku hanya dapat melakukan 10 reps dan 3 set dengan dumbbell yang sama – Kekuatan (strength) dah turun, kerana aku kehilangan otot yang banyak ketika proses menurunkan berat badan tempoh hari.

9Lemak adalah Kolestrol

Tersurat: Orang yang gemuk banyak kolestrol dalam badan, dan orang yang kurus ni kurang/tiada kolestrol dalam badan. Filem “Cinta Kolestrol” lakonan Erra Fazira juga menggambarkan ‘cinta orang gemuk’. Senang cerita, gemuk adalah kolestrol lah!

Tersirat: Kolestrol penting untuk pembentukan hormon. Tanpa kolestrol, kita akan kekurangan hormon-hormon penting dalam badan. Tetapi, kandungan kolestrol yang terlalu tinggi juga mendatangkan penyakit seperti sakit jantung, strokes, gallstones dan diabetes.

80% kolestrol dalam badan dihasilkan oleh hati manakala 20% lagi datang dari diet, seperti kolestrol dalam telur kuning. Makanan yang berlemak adalah penyebab utama mengapa kandungan kolestrol dalam darah menjadi tinggi kerana ia merangsang hati untuk menghasilkan lebih banyak kolestrol.

Kegemukan adalah disebabkan oleh “calorie surplus” (kalori yang diambil lebih banyak dari kalori yang dipakai) dan bukan semata-mata disebabkan oleh makanan berlemak atau kolestrol. Ini bermaksud kita masih boleh menjadi gemuk TANPA menikmati makanan berlemak, asalkan pengambilan kalori kita setiap hari tinggi.

Walaubagaimanapun, lemak adalah faktor utama kegemukan kerana kandungan kalorinya yang tinggi (1g lemak = 9kcal, 1g carbohydrate = 4kcal, 1g protein = 4kcal). Selagi jumlah kalori yang diambil tidak melebihi jumlah yang dipakai, orang tersebut tidak akan gemuk/naik berat, walaupun orang tersebut makan makanan bergoreng setiap hari. Namun disebabkan dietnya yang hari-hari bergoreng, maka kandungan kolestrol dalam darahnya akan menjadi tinggi, dan kelak akan mendatangkan masalah kesihatan. Ini penjelasan kenapa kadang-kadang terdapat orang kurus yang mempunyai kandungan kolestrol lebih tinggi berbanding orang gemuk; tidak semua orang kurus itu sihat chorr..

10Lemak dan Kesihatan

Tersurat: Semua lemak (fat) adalah tidak bagus untuk kesihatan, dan menggemukkan.

Tersirat: Bukan semua fat tidak bagus. Dalam dunia ni ada 2 jenis kumpulan fat; Saturated fat dan Unsaturated fat.

Saturated fat tidak mudah untuk dicernakan, maka ia PALING MUDAH untuk disimpan sebagai lemak badan. Macam mana rupa saturated fat ni? Apabila kita calit pada jari, rasanya seakan-akan minyak ‘gris’. Minyak sapi adalah contoh mudah saturated fat, selain dari daging lembu, dan juga minyak yang diproses dari binatang. Kajian menunjukkan saturated fat adalah punca utama obesity dan penyakit berkaitan jantung. Elakkan mengambil fat jenis ini.

Unsaturated fat pula terbahagi kepada Trans fat (terdapat dalam makanan ringan, bergoreng), Monosaturated fat (minyak sawit) dan Omega fatty acids (minyak zaitun, ikan laut). Seperti juga saturated fat, trans fat harus dihindari. Omega oil adalah minyak yang patut diambil kerana kajian menunjukkan omega oil penting untuk kemandirian tubuh, di samping mencegah kita daripada penyakit-penyakit kronik seperti stroke, sakit jantung dan diabetes. Kesimpulannya, badan kita masih memerlukan lemak, tapi pada kuantiti yang kecil, iaitu sebanyak 15% dalam diet seharian.

Minyak zaitun.. antara minyak yang mengandungi Omega-3

“Ye la cu.. atuk awal-awal lagi dah baca Bismillah, subuh tadi pun dah baca Bismillah. Tapi ada banyak lagi yang atuk nak cerita ni, mitos zaman moden… mitos, hanya tinggal mitos…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *