Yang Tersurat dan yang Tersirat (Bahagian 4)

Dan ‘mitos zaman moden’ itu terus diperkatakan di kalangan rakyat jelata, dan seluruh umat manusia di pelosok dunia. Antara mitos-mitos itu, termasuklah juga hal yang berkaitan ‘diet‘…

11Diet

Tersurat
: “Eh, Milah, sikit je ko makan? Diet ke???” Di mana-mana negara, seperti Malaysia, Singapura, US, Australia, dan UK sekali pun, ‘Diet’ membawa maksud ‘jaga makan untuk turun berat badan’. Tak percaya? Tanya la your housemate.

Tersirat: Maksud UTAMA diet adalah cara seseorang itu memilih pengambilan makanan. Makan secara sihat (mengikut contoh piramid makanan) adalah salah satu contoh diet yang sihat. Makan nasi lemak setiap pagi juga merupakan salah satu diet. Dan makan Double Cheese Burger di McDonald setiap hari juga merupakan salah satu bentuk diet (diet yang tidak menyihatkan).

12Crash Diet

Tersurat: Sudah seminggu Suhaila tidak menikmati makan malam kerana yakin dengan cara itu beliau dapat menurunkan berat badan. Beliau juga jarang bersarapan, dan selagi boleh cuba mengikat perut dengan harapan beratnya akan cepat turun. Ternyata jangkaan beliau tidak meleset. Berat beliau telah turun 4kg dalam hanya 1 minggu! (Yes, yes! Tahniah Suhaila!!)

Walaubagaimanapun, langit tidak senantiasanya cerah. Dua minggu kemudian, hampir setiap malam beliau diserang ‘gastrik’. Dirinya juga kian lesu, pucat dan kurang bermaya. Lebih menyakitkan hati apabila berat yang diharapkan untuk terus turun, telah menjadi plateau. Menyedari segala-galanya sudah berakhir, beliau mula putus asa lalu makan semula seperti biasa, yakni kembali kepada diet lama beliau. Sebulan kemudian, berat badan beliau naik 5kg.. (Bravo Suhaila!! Bravo! Bravo!).

Tersirat: Pernahkah anda mengalami situasi di atas? Itulah yang dinamakan YO-YO effect. Berat turun, kemudian naik, kemudian turun, dan kemudian naik lagi. Sampai bila? Oleh yang demikian, amatlah penting untuk kita mengenali makanan kita, dan mempelajari serba sedikit apa yang dimaksudkan dengan diet. Kenapa perlu menyusahkan diri jika cara ‘bersederhana’ itu ada? Kita makan dengan ‘extreme‘, kemudian terpaksa ber ‘diet’ dengan ‘extreme‘. Padahal jika kita mengamalkan sikap bersederhana ketika makan, kita akan sentiasa berada di tengah-tengah titik ‘extreme‘ tersebut. Tak begitu chorrr?

Crash diet adalah ‘NO’. Sebab pertama, menghadkan pengambilan sajian (yang sepatutnya 5-6 kali sehari) akan menyebabkan kita lesu, dan secara tak langsung kita akan menjadi kurang bermaya untuk bergerak dan membuat kerja, menyebabkan kadar metabolisma jatuh merudum. Kadar metabolisma menurun = naik berat badan.

Sebab kedua, kita akan kekurangan zat dan mineral yang penting jika menghadkan pengambilan makanan, dan ini juga menyebabkan badan kurang berfungsi dengan baik dan sangat membahayakan kesihatan tubuh badan untuk jangka masa yang panjang.


13Atkins Diet (Low-Carb diet)

Tersirat: “yesss!!! nafsu makan sebesar dinasour berjaya dibendung!!! hari ni dah masuk hari ke 5 aku mengamalkan diet Atkins. say no to all type of carbo yer cik kaki… no roti… no mee bihun keawteaw… no tepung2… n op kos no nasik. dan bergelen gelen air sehari… asek terkencing jer kekdahnya… asik muka aku jer duk kuar masuk toilet kat ofis tu…smp tahap aku rase cam nk pakai pampers jerk… hu3…” (Petikan sebenar dari salah sebuah blog umum. Maaf, link blognya terpaksa dirahsiakan. Kepada tuan punya ayat, halal Susu Sejat pinjam sebentar ya?)

Tersirat: Dahsyat kakak ni, sampai tahap nak pakai Pampers segala! Opssss..! Rileks yea kakak, bertenang. Jangan lupa pakai topeng ketika masuk toilet. Dengar satu persatu apa yang saya nak cakap. Kesan low-carb diet hanyalah sementara. Kenapa?

Sebab pertama, tiada bukti saintifik yang menunjukkan lambakan diet-diet di luar sana (termasuk Atkins diet) boleh menyebabkan turun berat badan, melainkan pengurangan pengambilan Kalori (DCR) dalam sehari. Oleh yang demikian, cik kak di atas tadi mungkin turun berat badan disebabkan KURANGNYA pengambilan satu macronutrient penting dalam diet beliau, iaitu karbohidrat. Perlu ingat bahawa nilai kalori datangnya dari 3 macronutrient asas, iaitu Karbohidrat, Lemak dan Protein. Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di ‘keluarkan’ dari senarai pengambilan sehari-hari, bererti cik ni tadi telah mengurangkan pengambilan kalori beliau dalam sehari = turun berat badan.

Apabila pengambilan karbohidrat dikurangkan, kini tinggal sama ada untuk mengambil protein atau lemak ke dalam diet. Tetapi secara logiknya, tak mungkin cik kak ni tadi akan makan makanan berlemak seperti ais-krim, kek keju atau coklat, kerana makanan-makanan berlemak ini masih mempunyai gula (simple carbohydrate). Maka terpaksalah beliau mengutamakan makanan berprotein seperti sumber kekacang, tofu/tauhu, ayam, ikan, dan daging.

Maka hadirlah sebab yang kedua, iaitu protein. Dan sifat protein ini yang lebih thermogenic berbanding karbohidrat dan lemak telah membawa kepada peningkatan kadar metabolisma = turun berat/lemak badan. Tetapi wajarkah protein ini dimakan sepanjang masa tanpa sumber alkaline yang mencukupi (sumber alkaline adalah seperti sayur = karbohidrat)? Jawapannya mestilah TIDAK..

Comments

  1. By Anonymous

    Reply

  2. By firdaus

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *