Yang Tersurat dan yang Tersirat (Bahagian 5)

Lagi berkenaan gaya pemakanan dan diet..

14Makan Malam

Tersurat: “Senah!! Awat la hang pi makan malam? Hang kata nak diet? Hang tau tak, makan selepas pukoi (pukul) 9 malam ni tak elok.. ni.. ni.. lemak-lemak celah ketiak, lengan, peghut (perut).. betui la hang ni ketegaq (degil), payah sungguh nak dengaq (dengar) kata..” celoteh Mak Ngah Gelap kepada anak buahnya.

Tersirat: Tiada kajian yang menunjukkan makan lewat malam boleh menyebabkan kegemukan, melainkan jika pengambilan kalori oleh individu tersebut melebihi dari apa yang sepatutnya. Sepanjang proses saya menurunkan berat badan, saya tak pernah mengabaikan makan malam ataupun supper. Malah, saya masih boleh turun berat sehingga 2 hingga 4kg sebulan walaupun saya mengamalkan supper sebelum tidur (saya berani bersumpah dengan kenyataan saya ini, berani kerana benar). Ingatlah, gemuk atau kurus, semuanya kerana KALORI, dan bukannya kerana waktu pengambilan makan atau sebagainya. Sila delete mitos ini dalam kamus pemikiran anda, ok?


15Lagi berkenaan Atkins diet

Tersurat: “Senaahhhh!!!! Oh my goat, oh my goat.. (pandai Mak Ngah speaking English?) Hang ni betoi (betul) la tak dengaq kata.. kalaulah hang anak aku, dah lama aku tibai (pukul) hang sungguh-sungguh. Hang kata Atkins Diet ni tak baguih, sapa cakap, sapa?? Susu Sejat? Yang hang pi percaya mamat kat Susu Sejat tu pasai apa.. dia apa tau? Dia bukan Doktor, dia bukan Nutritionist, ntah mamat tak ketahuan mana la hang percaya ni.. Atkins Diet ni baguih hang tau dak? Anak menakan (anak saudara) Mak Long Pia hang tu, dari besaq (besar) macam gajah sarkis teghuih (terus) jadi kiut (comel) macam Diana Amir. Tu la hang, ada internet tak mau search..” Mak Ngah Gelap berceloteh lagi kepada anak buahnya.

Tersirat: Garangnya Mak Ngah, sampai dengan Susu Sejat di’hentam’nya teruk-teruk. Ni mesti sebab Mitos Zaman Moden ke-13 yang saya karang 3 minggu lalu kan? Apa yang Mak Ngah cakap tu benar, memang saya bukan seorang Doktor ataupun seorang Nutritionist. Tapi saya masih orang Sains Mak Ngah, saya ada asas bidang Biologi yang kukuh. Dan saya juga rajin buat bacaan dan kajian saya sendiri. Mak Ngah jangan marah-marah dulu yea, dengar dulu apa yang saya nak cerita.

Atkins diet bukanlah perancangan makanan yang seimbang dan sihat. Saya ada terdengar, pengamal Atkins-diet ni boleh makan apa sahaja, tiada batasan kalori, asalkan tidak mengambil karbohidrat melebihi 20g sehari dalam diet mereka, sebagai contoh ayam goreng, telur rebus atau berbagai jenis lagi produk yang ‘low carb‘. Malah si pengamal juga mesti rajin membaca label maklumat pemakanan, namun hanya fokus kepada jumlah kandungan karbohidrat sahaja, dan bukannya nilai kalori.

Tanpa karbohidrat, dan hanya bersandarkan protein dan lemak semata-mata, kita mungkin akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol, dan kita kan dah tahu kesan jangka masa panjang lemak dan kolestrol ni. Tambahan, makanan berkarbohidrat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan gandum penuh ni mengandungi tinggi serabut (fibre), yang berfungsi untuk melancarkan proses membuang air besar. Selain itu, antara kesan-kesan lain Atkins diet ialah nauseous, lemah, dan keletihan tubuh badan, dek kerana kekurangan pelbagai jenis Vitamin yang selalunya terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makan kurang 130g karbohidrat sehari, untuk jangka masa panjang, boleh membawa kepada penghasilan ketones (lemak separa pakai/cerna) didalam darah, sekali gus membawa kepada proses ketosis, yang boleh membawa kepada penghasilan uric acid yang tinggi oleh badan. Bahaya sangat ke Uric acid ni? Kalau Mak Ngah nak tahu, itulah antara penyebab penyakit-penyakit seperti gout (sakit sendi) dan batu karang. Untuk mengetahui SEBAB MUDAH mengapa Atkins diet berhasil dalam menurunkan berat badan dalam jangka masa yang singkat, sila rujuk entri ini.

16Low-calorie diet

Tersurat: “Ni Senah, hang baca ni.. baca! Depa (mereka) dok kata kira-kira Kalori ni baguih.. sapa cakap baguih? Tengok apa sughat habaq (surat khabar) ni tulih (tulis), ‘Low calorie can cause gallstones development in Kidney‘. Kan aku dah habaq, mamat tu bukan doktor.. Susu Sejat konon.” siapa lagi kalau bukan Mak Ngah Gelap.

Tersirat: Eh, Mak Ngah baca surat khabar NST? Sama la kita yea Mak Ngah, saya pun baca NST. Tapi apa yang Mak Ngah rujuk tadi tu ialah “Very Low Calorie Diet” (VLCD). Orang yang mengamalkan VLCD ni tak semuanya mengira kalori seperti yang saya ajar, sesetengah tu mungkin secara ‘tidak sedar’ mengambil jumlah kalori yang terlalu rendah dalam sehari.

Buat mereka yang kurang pasti apa itu Gallstones, dalam bahasa melayu mudahnya, penyakit Batu Karang. Memang benar, terdapat satu kajian yang mengesahkan pengamal VLCD ni mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit Batu Karang. Tetapi sebelum membuat andaian lebih jauh, mari kita huraikan dulu apa itu VLCD.

Mereka yang mengamalkan VLCD ni cuma mengambil 800kcal atau kurang daripada nilai tu dalam sehari. Saya tak pernah ajar semua tu Mak Ngah. Yang saya ajar selama ini ialah, turun berat badan secara perlahan tetapi konsisten. Kalaulah DCR kita 2000kcal sekali pun, kalau ditolak 600kcal, masih lagi pada tahap yang selamat (1400kcal). Selagi jumlah kalori yang diambil dalam sehari tidak kurang dari nilai BMR, dan jumlah air yang diambil dalam sehari mencukupi, insyaAllah, semuanya akan berjalan lancar.

Mak Ngah Gelap: Saipul, oo Saipul.. hang nampak Senah tak? Dah lama mak tak nampak dia..
Saiful: Kak Senah masuk hospital mak, dengaq cerita, gastrik..
Mak Ngah Gelap: Gastrik?? Oh my GOAT!!

Hey! Who took my leftover pizza??

Comments

  1. By linda

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By Justiffa

    Reply

  4. By Joy Kalonas

    Reply

  5. By encikpundak

    Reply

  6. By Joy Kalonas

    Reply

  7. By Justiffa

    Reply

  8. By Joy Kalonas

    Reply

  9. By Nani

    Reply

  10. By Joy Kalonas

    Reply

  11. By hy

    Reply

  12. By salma

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *