Kawal Berat Badan Semudah Jaga “Kalori Masuk” Dan “Kalori Keluar”

Nak Kuruskan Badan? Fahami Prinsip “Kalori Masuk” Dan “Kalori Keluar”

Mesti korang biasa terdengar soalan-soalan keramat seperti, “kalau nak kurus, apa yang boleh makan dan tak boleh makan ye?”, “makanan XXX ni boleh makan tak?”, “produk ABC ni boleh kuruskan badan ke?”, dan bermacam-macam lagi soalan yang seangkatan dengannya.

Tapi tahu tak, prinsip asas penurunan berat badan itu sebenarnya bergantung kepada jumlah kalori yang diambil dalam sehari? Berdasarkan prinsip ini, tubuh kita memerlukan sejumlah tenaga (kalori) yang dikenali sebagai Daily Calorie Requirement (DCR).

Ibarat seperti mesin yang memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi, maka begitulah juga halnya dengan manusia.

Bezanya, kita tidak memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan metabolisma kita, sebaliknya kita memerlukan tenaga kimia yang terdapat dalam makanan menerusi Daily Calorie Intake (DCI). Tenaga ini pula disukat dalam unit kalori (kcal).

Berlandaskan kepada prinsip ini, maka nilai DCR seseorang perlulah ditentukan terlebih dahulu sebelum nilai DCI yang bersesuaian dapat ditentukan.

Setelah mengetahui nilai keperluan kalori harian (DCR), barulah kita tentukan pula berapa kalori yang perlu diambil, iaitu DCI; ia merujuk kepada tenaga yang diambil oleh tubuh kita menerusi makanan atau diet.

Sekiranya kita ambil LEBIH kalori (DCI) daripada yang diperlukan tubuh (DCR), maka berat kita akan BERTAMBAH.

Manakala sekiranya kita ambil KURANG kalori (DCI) daripada yang diperlukan tubuh (DCR), maka berat kita akan BERKURANGAN.

Untuk memahami konsep ini dengan lebih jelas, bayangkan sistem kalori masuk (DCI) dan kalori keluar (DCR) ini seperti akaun perbelanjaan kewangan kita.

DCI umpama gaji atau pendapatan harian kita, manakala DCR umpama perbelanjaan harian kita. Tubuh badan kita pula adalah tabung atau bank untuk menyimpan pendapatan kita.

Apabila pendapatan kita lebih besar daripada perbelanjaan kita (DCI > DCR, atau surplus), maka lebih banyak wang yang akan disimpan di dalam bank dan kita akan menjadi kaya (gemuk).

Namun sekiranya pendapatan kita lebih kecil daripada perbelanjaan kita (DCI < DCR, atau defisit), maka lebih banyak wang yang kita perlu ‘withdraw’ dari bank untuk tampung perbelanjaan harian kita, maka lama kelamaan kita akan menjadi miskin (kurus).

Sekarang korang dah faham kan kenapa pentingnya untuk mencipta defisit kalori (DCI < DCR) kalau nak kurus?

Setelah mengetahui berapa nilai DCI yang korang perlukan, sampailah sudah ke peringkat seterusnya iaitu perancangan menu. Pada peringkat ini, korang perlu kenal pasti bagaimana nak pecahkan DCI ni kepada beberapa hidangan kecil.

Selain itu, korang juga perlu mengetahui nilai kalori bagi beberapa jenis makanan lazim yang terdapat di negara kita, seperti berapa nilai kalori bagi sepinggan nasi? Berapa nilai kalori bagi seketul ayam goreng?

Nilai-nilai kalori yang diambil ini apabila dijumlahkan perlulah tidak melebihi kuota “DCI” yang diperlukan.

Nampak macam rumitkan? Tapi tak rumit pun sebenarnya.

Kalau korang berminat untuk mempelajari kaedah merancang menu dengan lebih lanjut serta mempelajari nilai kalori bagi beberapa jenis makanan lazim diet harian orang Malaysia, apa kata korang join Kelas Kalori Online dengan saya yang akan bermula akhir Oktober ini.

Dalam kelas ni, macam-macam yang korang akan belajar terutamanya dari aspek nak mulakan diet itu sendiri serta strategi untuk kawal diet bagi menjamin penurunan berat badan yang bersifat jangka panjang.

Bukan itu sahaja tau. Korang juga akan belajar macam mana nak memilih indikator penurunan berat badan yang betul.

Kemudian korang akan belajar pula cara nak rekod kemajuan dan ‘baca’ graf kemajuan supaya korang yakin berada dalam landasan yang betul. Tak adalah bila naik penimbang setiap hari, lepas tu melatah “Plateau! Plateau!” Siapa yang ajar naik penimbang setiap hari tu? Hehehe.

Best kan? Jadi kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut tentang kelas online ni, boleh klik pautan di bawah atau    Whatsapp ke 013-482 4902 okeh 😊

>> Klik Untuk Daftar Kelas Kalori Online <<

Tapi kena cepat tau sebab yuran pendaftaran pada harga diskaun RM85 ni cuma sah sehingga 27 Oktober 2020 ni sahaja (Batch 1). Selepas itu, yuran pendaftaran untuk Batch yang berikutnya akan kembali kepada asal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *